Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Hidangan Simple Buat Makan Nasi Bertambah, Resipi Telur Mata Sambal Hijau Ini Harus Dicuba Oleh Semua

Hidangan Simple Buat Makan Nasi Bertambah, Resipi Telur Mata Sambal Hijau Ini Harus Dicuba Oleh Semua

Kategori: ,
telur mata sambal hijau

Kadang-kadang kita tak tahu nak masak apa untuk hidangan makan tengah hari atau malam kan? Rasa nak masak lauk simple, tapi buntu untuk pilih resipi mana.

Jadi, kami di Daily Makan ingin kongsikan resipi yang sedap untuk korang semua. Lauk simple terlajak best ni memang patut dicuba. Ia dikongsi oleh Cheyah Saripuddin untuk masak Telur Mata Sambal Hijau ini. Pasti puas hati!

Hidangan Simple Buat Makan Nasi Bertambah, Resipi Telur Mata Sambal Hijau Ini Harus Dicuba Oleh Semua

Bahan-Bahan:

  • 15-20 biji cili padi hijau. Ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah.
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • secubit garam
  • gula sedikit sahaja jika suka telur mata sambal hijau

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat nanti tidak sedap. telur mata sambal hijau
  2. Panaskan minyak dan tumis hingga sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam dengan secukup rasa. telur mata sambal hijau telur mata sambal hijau
  3. Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Boleh pilih nak telur masak penuh atau kuningnya masih cair. telur mata sambal hijau telur mata sambal hijau
  4. Jika nak berkuah, boleh tambal sedikit air. (Resipi asal tidak tambah air).
  5. Bila semua rasa sudah sempurna dan telur sudah masak mengikut selera, padamkan api dan sedia untuk dinikmati. telur mata sambal hijau telur mata sambal hijau telur mata sambal hijau

Yeay! Sudah siap Telur Mata Sambal Hijau ni. Boleh makan dengan nasi panas-panas! Memang sedap dan mengancam. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Cheyah Saripuddin 

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Ayam Goreng Upin Ipin, Ini Bancuhan Perapan Rahsia Ayam Goreng Paha Jadi Rangup Sampai Malam

tags: | |