Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Ayam Goreng Upin Ipin, Ini Bancuhan Perapan Rahsia Ayam Goreng Paha Jadi Rangup Sampai Malam

Wanita Ini Kongsi Resipi Ayam Goreng Upin Ipin, Ini Bancuhan Perapan Rahsia Ayam Goreng Paha Jadi Rangup Sampai Malam

Kategori: ,
ayam goreng Upin Ipin

Cerita animasi Upin Ipin ini sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira warga tua atau muda, semestinya tahu tentang animasi ini kerana ia mendapat tempat di hati semua penonton kerana cerita harian yang dipamerkan.

Salah satu watak yang popular dan tidak menjadi asing adalah watak Ismail atau lebih dikenali dengan Mail yang menjual ayam goreng RM1 untuk 2 paha ayam. Ia sememangnya menggiurkan hati para penonton.

Jadi untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi satu resipi ayam goreng Upin Ipin dikongsikan oleh Jummy Aisy yang seakan-akan dijual oleh Mail. Ada rahsia bancuhan yang korang kena tahu untuk dapatkan kerangupan dan tekstur gebu yang sedap sebegitu.

Wanita Ini Kongsi Resipi Ayam Goreng Upin Ipin, Ini Bancuhan Perapan Rahsia Ayam Goreng Paha Jadi Rangup Sampai Malam

Bahan-Bahan:

  • peha yaam
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1/2 inici halia ditumbuk halus
  • (gaul ayam dengan dua bahan ini dan letak tepi dulu)

Bahan Untuk Tepung Salutan:

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kkecil baking powder
  • 1 sudu kecil white pepper
  • 1 sudu kecil black peppercorns
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • Pink Salt Himalayan secukup rasa
  • perasa secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Sangai bahan yang bertanda dan kisar halus. Kemudian masukkan kesemua tepung dalam satu bekas dan gaulkan sehingga rata. Masukkan juga bahan sangai yang dikisar tadi.
  2. Seterusnya masukkan baking powder, garam, perasa, white pepper, black peppercorns dan gaul rata. Jika nak pedas boleh tambah chili powder.
  3. Ambil sesudu makan tepung yang sudah dibancuh dengan bumbu kemudian gaul dengan paha ayam. Biar basah sikit, selepas itu baru gaul dengan tepung yang banyak. Biarkan ayam disalut rata macam tepung gomak okay.
  4. Sediakan kuali atau peiruk dan goreng ayam guna minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam. Pastikan minyak kena betul-betul panas, baru tepung terus lekat, api kena perlahan supaya bahagian dalam ayam masak.
  5. Jangan balik-balikkan ayam ketika menggoreng. Goreng ayam dalam 8 ke 10 minit, lepas 4 minit baru balikkan dan goreng satu bahagian lagi selama 4 minit lagi.
  6. Dah garing angkat dan tos minyak. Ayam ini akan rangup sampai ke petang.Info: Lebihan tepung boleh simpan, masuk dalam bekas bertutup rapat.ayam goreng Upin Ipin ayam goreng Upin Ipin ayam goreng Upin Ipin ayam goreng Upin Ipinayam goreng Upin Ipin

Memang rangup dan boleh tahan sampai malam! Selamat mencuba dan menikmati buat pembaca semua!

Sumber: Jimmy Aisy

Baca juga: “Anak Dah Mula Pilih Makan, Macam-Macam Cara Dah Cuba Supaya Tambah Berat..”, Ini Resipi Pisang Caramel, Sangat Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas Untuk Selera Makan

tags: | |