Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Minum Air Tembikai Laici Soda Waktu Panas Ni Memang Terbaik Rasa Dia. Rupanya Senang Je Resipi Air Ni

Minum Air Tembikai Laici Soda Waktu Panas Ni Memang Terbaik Rasa Dia. Rupanya Senang Je Resipi Air Ni

Kategori: ,

Cuaca panas sekarang ni sangat elok la kalau kita minum air kosong banyak-banyak. Namun, selain daripada air kosong, jus buah-buahan juga sangat lah disyorkan kepada semua untuk menghilangkan rasa haus itu. Jus buah seperti air tembikai laici soda mampu untuk memberi hidrasi serta nutrisi kepada badan.

Tembikai adalah antara buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi. Oleh itu, segelas jus tembikai tanpa gula akan memberi tubuh anda kekal berhidrat pada cuaca panas.

Minum Air Tembikai Laici Soda Waktu Panas Ni Memang Terbaik Rasa Dia. Rupanya Senang Je Resipi Air Ni

Jom ikuti perkongsian resipi yang telah dibuat oleh Ilham Resepi ini. Tambah pula dengan ais ke dalam air tembikai ni memang terbaik.

air tembikai laici soda

Bahan-bahan

  • Tembikai
  • 1 tin laici
  • Ais
  • Aiskrim ( yang ini kalau tak ada pun tak apa )
  • Aiskrim soda

Cara Penyediaan

  1. Masukkan tembikai yang telah dipotong kulitnya ke dalam pengisar
  2. Kemudian masukkan air sekali ke dalam pengisar.
  3. Kemudian, tapiskan untuk buang sedikit hampas atau buihnya. Lebih kurang 1/3 hampasnya perlu dibuang untuk mengelakkan jus tersebut daripada pekat bersalut.
  4. Setelah itu, tambahkan air laici tin dan bolehlah letakkan ketulan ais.

Nota: Pastikan anda memilih tembikai yang betul-betul masak, isinya merah ranum dan manis.

air tembikai laici soda

Rupanya senang je nak buat air tembikai laici soda ni, tak renyah pun bahan-bahan yang diperlukan. Semua senang je nak dapat. Korang tunggu apa lagi, jom la cuba buat air tembikai ni. Minum semasa tengah panas-panas memang segar je rasa.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Selamat mencuba!

Sumber: Ilham Resepi 

Baca juga: Cara Buat Koktail Buah-Buahan, Sesuai & Meriah Bila Disediakan Untuk Majlis

 

 

tags: | | |