Korang pernah tahu tak bahawa susu ibu boleh dibuat aiskrim untuk hidangan ‘dessert’ anak-anak.
Mungkin kedengaran agak janggal penggunaan ramuannya, namun tidak salah untuk mencuba resipi aiskrim susu ibu ini.
Di bawah terdapat satu resipi aiskrim susu ibu dari hasil tangan sendiri yang boleh anda cuba. Ia sangat mudah dan ibu yang masih menyusu boleh membuatnya.
Ini Resipi Aiskrim Susu Badan Ibu, ‘Dessert’ Enak Lagi Sihat Buat Anak
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan susu ibu
- 1/2 sudu teh vanila
- 1 sudu besar gula
- 4 cawan ais batu hancur
- 4 sudu besar garam
- 1 tin saiz biasa berpenutup
- 1 tin saiz lebih besar berpenutup
- sarung tangan
Cara penyediaan:
- Satukan susu ibu, vanila dan gula ke dalam tin kopi bersaiz biasa dan gaul hingga sebati.
- Tutup rapat tin dengan penutup plastiknya dan letakkan di dalam tin kopi bersaiz lebih besar.
- Isikan tin besar itu dengan ais hancur dan taburkan garam serta tutup.
- Sekarang, anda boleh menggolekkan tin dengan masa yang disyorkan adalah 15 minit atau lebih sehingga aiskrimnya menjadi.
- Boleh guna sarung tangan sekiranya anda tidak tahan dengan suhu tin tersebut.
Tip berguna:
- Garam menyebabkan ais cair sedikit menurunkan takat bekunya. Air membeku pada 32°F. Air dengan 10% garam membeku pada 20°F.
- Anda juga boleh menggunakan beg beku plastik ziplock, selain tin dengan merujuk prosesnya di sini.
- Kira-kira 8 minit diperlukan untuk membekukan satu hidangan campuran aiskrim.
Sudah siap aiskrim susu badan ibu. Pasti anak-anak suka dessert sedap lagi enak ni.
Sumber: Food Hacks Wonder How To
Baca juga: Ratu Aiskrim Buka 85 Cawangan Kafe Mokti’s Ice Cream Di Malaysia & Luar Negara, Ini Kisah Inspirasi Kejayaannya