Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Almond Nibs Ala Ferrero Rocher, Paling Senang Guna 2 Bahan Je Dah Dapat Makan Biskut Sedap

Resipi Almond Nibs Ala Ferrero Rocher, Paling Senang Guna 2 Bahan Je Dah Dapat Makan Biskut Sedap

Kategori: ,
Almond Nibs ala Ferrero Rocher

Ramai rupanya yang suka dengan Almond Nibs ala Ferrero Rocher homemade ni. Jadi, kami akan kongsikan perkongsian Almond Nibs ala Ferrero Rocher daripada Intan Najwa Othman ini untuk para penggemar coklat.

Yang paling penting, cara penyediaannya senang sahaja. Hanya guna 2 bahan, korang dah boleh dapatkan biskut raya sedap hingga habis berbalang-balang.

Resipi Almond Nibs Ala Ferrero Rocher, Paling Senang Guna 2 Bahan Je Dah Dapat Makan Biskut Sedap

Bahan-Bahan:

  • Almond Nibs
  • Coklat Masakan

Cara Penyediaan:

  1. Badam dicincang dibakar atau disangai untuk bagi masak dan rangup. Ada jual dekat kedai jual barang kek.
  2. Kemudian, cairkan coklat masakan (Beryls Milk Coin).
  3. Badam yang dah bakar atau sangai tadi biarkan sejuk kejap. Biasanya sementara nak siap cairkan coklat tu, badam dah cool down. Dah okay, terus campurkan dalam 1 bekas. Gaul bagi mesra. Tapi, pastikan badam mesti bagi sejuk dulu, takut tak jadi rangup lepas gaul dengan coklat.
  4. Masukkan dalam paper cup comel-comel. Simpan kejap dalam peti 10 minit kemudian boleh dimakan. Memang sedap!

Almond Nibs ala Ferrero Rocher Almond Nibs ala Ferrero Rocher Almond Nibs ala Ferrero Rocher Almond Nibs ala Ferrero Rocher

Haaa dah siap Almond Nibs ala Ferrero Rocher ni. Bolehlah letak dan susun dalam balang untuk hidangan Hari Raya ni.

Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber: Intan Najwa Othman

Baca juga: Ini Resipi Nestum Coklat Bar Sedap, Paling Senang Guna 2 Bahan Je Rasa Mantap Macam Kit Kat

tags: | |