Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bosan Dengan Idea Sama Resipi Sarapan Pagi, Ini Resipi American Breakfast Style ‘Mat Saleh’

Bosan Dengan Idea Sama Resipi Sarapan Pagi, Ini Resipi American Breakfast Style ‘Mat Saleh’

Kategori: ,

Mungkin tekak melayu kita dah tiba-tiba rasa nak tukar selera dengan makanan orang barat. Cuma, kita ketandusan idea untuk memasak masakan ‘Mat Saleh’.

Anda boleh cuba buatkan Resipi American Breakfast Style Mat Saleh yang boleh dilakukan sendiri sahaja di rumah.

Bosan Dengan Idea Sama Resipi Sarapan Pagi, Ini Resipi American Breakfast Style ‘Mat Saleh’

Resipi American Breakfast ini dikongsikan oleh Azwa Muhammad dan dikongsikan semula di Facebook Page Masak Apa Hari Ini.

American Breakfast

Bahan-Bahan Toasted Sandwich:

  • Roti
  • Chicken Slice
  • Cheese Slice
  • Salad

Cara Penyediaan Toasted Sandwich:

  1. Layerkan roti dengan chicken slice, cheese slice dengan salad sahaja.
  2. Lepas itu bakar di atas pan atas bawah supaya jadi garing.
  3. Tidak perlu letak apa-apa sos kerana ianya versi ‘healthy food’
  4. Semasa potong, pastikan jangan tekan sangat supaya ia tidak jadi penyek.

American Breakfast

Bahan-Bahan Scramble Egg:

  • 2 biji telur (Gred A)
  • Lada Hitam
  • Garam
  • Daun sup
  • Daun Bawang
  • Butter

Cara Penyediaan Scramble Egg:

  1. Setiap 1 box masak 2 biji telur gred A dengan pecahkan di dalam bekas letak lada hitam, garam dan daun sup dan daun bawang.
  2. Ketika hendak masak, letakkan butter sedikit.
  3. Jangan masak lama-lama dan jangan kacau sampai kering.
  4. Sentiasa perhatikan scramble itu.
  5. Kemudian, ‘serve’ dalam pinggan dengan letakkan toasted sandwich. Letakkan scramble egg di atas dan taburkan blackpepper sedikit dengan mushroom.
  6. Tambahkan sosej atau hashbrown dan anda boleh tambahkan apa sahaja yang boleh kena dengan tekak anda.

American Breakfast

American Breakfast

Terus rasa wowww gitu, nak hidangkan dekat tetamu yang datang bermalam rumah kita pun boleh. Jarang sekali orang melayu hidangkan makanan orang barat.

Bolehlah anda mencuba resipi American Breakfast style Mat Saleh ini, terus terpegun orang merasa.

Selamat Mencuba!

Kredit: Azwa Muhammad

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Cucur Sardin Yang Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Sarapan Pagi

tags: | |