Jika dah bosan makan Asam Pedas Ikan, jom kita masak Asam Pedas Ayam pula hari ni. Perkongsian lelaki bernama Yayar B Awang Noh berkenaan resipi Asam Pedas menjadi perhatian ramai apabila nama resipinya lain dari yang lain.
Jom kita ikuti resipi Asam Pedas Ayam Menantu Hantu ini. Nampak kuah pekat tu pun dah tahu sedap.
Lelaki Ini Kongsi Resipi Asam Pedas Ayam Menantu Hantu, Mak Mentua Sampai Hirup Kuah Sebab Sedap Sangat
Bahan-Bahan:
- 2 sudu beras direndam dengan iar panas (fungsi untuk pekatkan kuah)
- 6 ketul ayam
- 2 biji terung dipotong nipis
- 1 kuntum bunga kantan
- daun kesum
- 1 genggam asam jawa / 1 mangkuk air asam jawa
- 1 mangkuk cili kering kisar
- seketul kecil belacan
- 2 sudu serbuk kunyit
- 3 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- seinci halia
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar (bawang besar halia, bawang putih belacan dan beras yang direndam.
- Masukkan cili kering kisar. Masukkan sekali ayam dan terung.
- Masukkan serbuk kunyit dan bunga kantan serta daun kesom.
- Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa. Agak-agak nanti tak mahu masam sangat, bila dah mendidih, perasakan dengan garam aji dan sedikit gula. Siap!
- Dah boleh hidang bila rasa dah cukup.
Haaa siap juga akhirnya hidangan Asam Pedas Ayam Menantu Hantu ni. Memang power lah! Sekali mak mertua makan mesti minta lagi dan lagi. Sampai hirup kuah.
Untuk sesiapa yang ingin tambahkan tomato, bolah tambahkan juga di bahagian akhir ya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan semua boleh merasa keenakan resipi oleh Yayar ini.
Selamat mencuba dan menikmati, semuanya!
Sumber: Yayar B Awang Noh
Baca juga: Lala Masak Kam Heong Ala Chinese Style Jadi Kegemaran Ramai. Jom Ikuti Resipi Yang Mudah & Cepat Ini!