Resipi Ayam Masak Halia simple yang diperisakan dengan bahan-bahan segar sahaja untuk mendapatkan hidangan yang cukup ‘flavourful’.

Selain itu, penggunaan halia juga sangat elok untuk sesiapa yang selalu mempunyai perut kembung, dan ingin membuang angin dalam badan. Jika anda nak lebihkan perisa halia dalam hidangan ini, bolehlah lebihkan sukatan halia mengikut citarasa anda sendiri.

RESIPI PENUH

  • 1 ekor Ayam (dipotong kepada 16 bahagian)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 biji bawang (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 10 batang cendawan tiram (dihiris)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/4 cawan air tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Daun Bawang (dihiris)

Cara penyediaan :

  1. Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit sehingga rata.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam yang ke dalam kuali tersebut. Goreng ayam sehingga separuh masak. Ketepikan.
  3. Dalam kuali sama, masukkan bawang merah, halia, cili merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan cendawan tiram dan ayam goreng kunyit. Gaul.
  5. Masukkan kicap cair, sos tiram, lada hitam, air tepung jagung dan garam. Gaul.
  6. Lauk Ayam Halia siap untuk dinikmati bersama taburan daun bawang

SELAMAT MENCUBA !!!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 15 times!)