Buat pembaca Daily Makan yang ingin menikmati hidangan yang cukup rasa dengan bahan cili kering sebagai rasa utama, resipi kali ini memang untuk anda.
Hidangan Ayam Sos Tiram Cili Kering yang menaikkan aroma cili kering yang digoreng menaikkan lagi kesedapan hidangan apabila dihidang.
Rasa ayam yang penuh dengan rasa sedikit pedas, masin dan manis ini ternyata cukup mantap. Ingin makan bersama nasi panas-panas ataupun ratah sahaja? Kedua-dua cara sememangnya sedap!
Resipi Ayam Sos Tiram Masak Cili Kering
Bahan-bahan:
- 250 gram ayam
- 3 cm halia
- 1/2 bawang besar
- 7 cili kering – rendam hingga separuh lembut
- daun bawang – hiris
- minyak untuk menggoreng
Bahan A (Perap):
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh kicap cair
- sedikit kicap pekat
Bahan B (Untuk Kuah):
- 1/2 cawan air masak
- 1 sudu makan sos oyster
- 1/2 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh (pilihan) tepung
- sedikit serbuk lada putih & hitam
Cara Penyediaan:
- Perap ayam dengan bahan A selama 30 minit.
- Campurkan semua bahan B sehingga larut.
- Masukkan bahan untuk kuah & ayam yang telah digoreng tadi.
- Setelah kuah sedikit pekat, angkat & hidangkan.
- Taburkan hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.
Info:
- Bagi yang suka kuah, boleh lebihkan air.
- Sukatan bahan adalah bergantung kepada citarasa anda.
Siap sudah Ayam Sos Tiram Masak Cili Kering kita. Selamat mencuba semua!
Sumber: Jo Isabella Joannes
Baca juga: Bila Dah Buat Resipi Ni, Semua Tetamu Berebut Nak Makan Sebab Sedap! Ini Dia Resipi Ayam Masak Kicap Butter Guna Airfryer