Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Bebola Nasi Campur Kentang, Sangat Sihat & Sesuai Untuk Diberi Pada Si Kecil

Resipi Bebola Nasi Campur Kentang, Sangat Sihat & Sesuai Untuk Diberi Pada Si Kecil

Kategori: ,,
bebola-nasi-campur-kentang

Anak-anak begitu memilih makanan dan kadang-kadang apa yang kita masak tak akan dimakan mereka. Oleh itu, para penjaga perlu lah kreatif dan menyediakan hidangan yang menarik.

Kalau tercari-cari hidangan yang sesuai untuk si kecil, di sini kami berkongsi resepi bebola nasi campur kentang yang cukup dengan karbohidrat, sayuran dan protein untuk si kecil. Resepi mudah ini juga telah dikongsikan oleh Yan Mohamad di grup Resepi Makanan Bayi.

Resipi Bebola Nasi Campur Kentang, Banyak Khasiat & Sesuai Untuk Diberi Pada Si Kecil

Bahan-bahan

  • 1 biji kentang
  • 1 senduk nasi
  • Lobak merah
  • Sayur sawi
  • Jagung
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Isi udang (dicincang halus)
  • Serbuk cendawan

Cara-caranya

  1. Sediakan mangkuk dan campurkan semua bahan sehingga sebati.
  2. Kemudian, bentukkan campuran menjadi bentuk sama seperti bebola. bebola-nasi-campur-kentang
  3. Letakkan dalam peti sejuk sekejap, lebih kurang 10 hingga 15 minit sahaja.
  4. Panaskan minyak masak dalam kuali.
  5. Bila minyak sudah cukup panas, goreng bebola nasi campur kentang hingga keperangan. bebola-nasi-campur-kentang
  6. Angkat dan toskan minyak, sedia untuk dihidangkan. bebola-nasi-campur-kentang

Nampak ringkas sangat, kan? Kalau anda mempunyai si kecil yang sangat susah untuk makan di rumah, cuba bagi bebola nasi campur kentang ini. Cicah dengan sos pilihan anda tentu lagi sedap.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Yan Mohamad

Baca Juga: Ini Resepi Kaki Ayam Mushroom Chinese Style. Tinggi Dengan Kolagen, Elok Dimakan Selalu

 

tags: | |