Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Biskut Buah Kana Kesukaan Ramai, Satu Balang Terus Cepat Habis. Biskut Raya Yang Laku Keras!

Resipi Biskut Buah Kana Kesukaan Ramai, Satu Balang Terus Cepat Habis. Biskut Raya Yang Laku Keras!

Kategori: ,
Biskut Buah Kana

Dahulu, biskut buah kana menjadi rebutan orang ramai. Tiap kali tibanya Hari Raya, ia wajib dihidangkan di dalam balang untuk tetamu.

Biskut ini sudah jarang dijual di mana-mana kedai, jadi ia amat sukar untuk ditemui. Tapi sebenarnya ia sangat mudah untuk disediakan sendiri di rumah.

Nak tahu caranya? Ikuti resepi biskut buah kana yang telah dikongsikan oleh Mashitah Amin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resipi Biskut Buah Kana Kesukaan Ramai, Satu Balang Terus Cepat Habis. Biskut Raya Yang Laku Keras!

Bahan-bahan

  • 1 ketul mentega (saya guna pure butter)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan tepung custard
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya

  1. Campurkan mentega, gula aising, telur dan esen vanilla. Masukkan tepung gandum dan jagung. Uli sampai jadi doh.
  2. Sapukan tepung gandum dekat acuan supaya senang nak keluarkan adunan yang dimasukkan dalam acuan tadi.  Biskut Buah Kana
  3. Kemudian bakar, suhu mengikut oven masing-masing. Resepi ini membakar biskut selama 15 hingga 25 minit. Biskut Buah Kana
  4. Keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk, baru sapu inti kegemaran masing-masing (resepi ini menggunakan jem strawberry). Biskut Buah Kana
  5. Sedia untuk dinikmati, boleh simpan dalam bekas kedap udara. Biskut Buah Kana

Mudah sangat nak sediakan biskut buah kana ini, kan? Resepi pun ringkas saja, sesiapa boleh cuba. Selain pada Hari Raya, ia boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Mashitah Amin

Baca Juga: Resepi Nasi Serai Yang Senang Dimasak Dan Sedap Dimakan, Satu Rumah Wangi Bau Serai!

tags: | | |