Ramadan telah tiba, dan tidak lama lagi Syawal pula menjelma. Sudah menjadi budaya di Malaysia dengan hidangan pelbagai jenis kuih raya. Setiap daripada anda mesti pernah mendengar biskut florentine bukan? Kalau biskut florentine ni tak tunggu Syawal, dalam bulan Ramadhan pun dah habis dimakan! Sebab apa? Sebab biskut ni memang sedap dan bikin ketagih.
Kalau beli di kedai, boleh tahan juga harganya. Jadi apa kata jom kita cuba buat sendiri biskut florentine ni di rumah. Baru boleh makan banyak dan lebih puas hati! Resepi biskut florentine ini dikongsikan oleh Chaiya Jarunee, resipi ini tidak menggunakan tepung florenta sama sekali. Jom cuba!
Ini Cara Buat Biskut Florentine Tanpa Guna Tepung Florenta, Pasti Bikin Ketagih!
Bahan-bahan:
- Kacang-kacang ikut suka – dibakar atau doreng tanpa minya selama 15-20 minit
- Bahan kacang2 – campur semua 800g
- Sedikit garam
- Telur putih gred A – 80g
- Madu – 50g
Cara-cara:
- Satukan garam, telur putih dan madu di dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan kacang-kacang. Gaul rata sehingga kacang disaluti telur putih.
- Letakkan baking paper di atas dulang pembakar.
- Tekan kacang dengan kuat menggunakan bekas cup kek atau acuan bakar.
- Bakar selama 20-25 minit pada suhu 140-150 celcius.
- Bila dah masak, keluarkan dan tunggu betul-betul sejuk. Kemudian bakar sekali lagi selama 10 minit supaya lebih rangup.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit: Chaiya Jarunee
Selamat mencuba!
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/dailymakan