Pernah tak kita dengar pasal bunga durian? Rupanya bunga durian ini boleh dijadikan sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi kosong sahaja. Bukan kaleng-kaleng ya! Jadi kalau nampak bunga durian tu, kutiplah dan jadikan sebagai hidangan.
Jadi, ini adalah resipi Bunga Durian Masak Belacan yang anda boleh cuba kerana rasanya lebih dari jangkauan kita!
Pernah Tak Dengar Bunga Boleh Jadi Lauk? Ini Resipi Bunga Durian Masak Belacan, Rasa Luar Jangkauan
Resipi Bunga Durian Masak Belacan ini dikongsikan oleh daporhitam_ di laman media sosial TikToknya yang mempunyai pelbagai resipi menarik. Anda boleh mengikuti akaun beliau dan dapatkan inspirasi masakan hanya daripada akaun mereka sahaja.
Bahan-Bahan:
- 1 mangkuk Bunga Durian
- 3 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- Sedikit belacan (dibancuh dengan sedikit air)
- Ikan bilis goreng (optional)
- Minyak
- Garam
- Serbuk Perasa
Cara Penyediaannya:
- Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian, tumis pula bersama cili merah dan masukkan air belacan.
- Masukkan bunga durian dan kacau sebati bersama bahan tumis tadi.
- Masukkan bahan perasa seperti garam dan serbuk perasa dan gaulkan bersama bahan-bahan yang ada di dalam kuali itu tadi.
- Dah siap, letakkan di atas pinggan dan taburkan ikan bilis goreng di atas bunga durian masak sambal.
Bunga durian masak sambal ini makan dengan nasi putih sahaja, dah boleh kenyang menyandar sampai ke petang.
Selamat Mencuba!
Kredit: daporhitam_
Baca Juga: Resepi Durian Belanda Goreng Cik Za Bersama Sambal Kicap, Boleh Jadi Sebagai Menu Petang Atau Menu Berkelah Makan Bersama Teh Panas