Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Durian Belanda Goreng Cik Za Bersama Sambal Kicap, Boleh Jadi Sebagai Menu Petang Atau Menu Berkelah Makan Bersama Teh Panas

Resepi Durian Belanda Goreng Cik Za Bersama Sambal Kicap, Boleh Jadi Sebagai Menu Petang Atau Menu Berkelah Makan Bersama Teh Panas

Kategori: ,
Durian Belanda Goreng Cik Za

Pernah tak anda terfikir, durian belanda ini sesuai dimakan macam mana? Dimakan secara mentah atau dijadikan sebagai minuman air?

Resepi Durian Belanda Goreng Cik Za ini sesuai untuk dimakan bersama sambil kicap. Dijadikan sebagai menu petang atau sewaktu berkelah bersama keluarga dan minum bersama teh panas.

Resepi Durian Belanda Goreng Cik Za Bersama Sambal Kicap, Boleh Jadi Sebagai Menu Petang Atau Menu Berkelah Makan Bersama Teh Panas

Resepi Durian Belanda Goreng Cik Za ini dikongsikan sendiri oleh Cik Za atau dikenali sebagai Noriza Awang Hamat di Facebook Page Ibu Resepi.

Durian Belanda Goreng Cik Za

Bahan-Bahan Bancuhan Tepung:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar Planta
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • Air

Cara Penyediaan Bancuhan Tepung:

  1. Bancuhkan kesemua bahan di atas dengan bancuhan yang tidak cair dan pekat sedang-sedang sahaja.
  2. Letakkan minyak yang kuantiti banyak dan boleh goreng dengan sempurna.

Bahan-Bahan Sambal Kicap:

  • Sedikit kicap manis
  • Cili api (mengikut kepedasan)
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit kiub ayam

Cara Penyediaan Sambal Kicap:

 

  1. Semua bahan dikisar dan masak sekejap di atas api yang perlahan.
  2. Letakkan di dalam mangkuk.

Durian Belanda Goreng Cik Za

Durian Belanda Goreng Cik Za

Sedap bukan? Dimakan semasa panas-panas bersama sambal kicap yang pedas. Mudah sahaja bahan-bahan bancuhannya dan bahan sambal kicap.

Selamat mencuba!

Kredit: Noriza Awang Hamat 

Baca Juga: Ini 7 Petua Yang Anda Boleh Amalkan Dengan Daun Durian Belanda Untuk Badan Sihat & Bebas Penyakit.

tags: | |