Pernah tak anda tefikir kenapa kuih ini dipanggil sebagai Kuih Butir Nangka? Ia dipanggil begitu kerana bentuknya bulat seperti buah nangka. Kuih ini sangat popular di negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.
Ia menjadi kegilaan rakyat di sana kerana rasanya yang berlemak kerana campuran dari santan dan nisan atau gula melaka. Rugi kalau anda tidak merasa kuih butir nangka Kelantan ini kerana ianya susah untuk dijumpai di negeri luar Pantai Timur.
“Paling ‘Famous’ Di Bazar Ramadan & Pasar Malam!” – Kuih Tradisi Untuk Rakyat Pantai Timur, Resipi Butir Nangka Kelantan
Resipi Kuih Butir Nangka Kelantan ini dikongsikan oleh Resepi Panas di Facebook Page. Resipi ini boleh dimakan untuk 7 hingga 8 orang dan sesuai dihidangkan untuk orang ramai.
Bahan-Bahan Butir Nangka Kelantan:
- 4 cawan tepung beras pulut
- Air
- Sedikit kapur makan
- Secubit garam dan pewarna hijau atau air daun pandan
Cara Penyediaan Butir Nangka Kelantan:
- Masukkan sedikit air ke dalam bekas dan kemudian masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. Gaulkan adunan itu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul.
- Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Tambah air ikut keperluan.
- Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan. Bila masak ia akan timbul.
- Apabila dah timbul, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
Bahan-Bahan Untuk Kuah:
- Santan (dari setengah biji kelapa)
- Gula
- 1 sudu makan halba
- Garam
- Daun pandan
Cara Penyediaan Untuk Kuah:
- Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk dan masakkan ia hingga mendidih.
- Bila dah siap, campurkan butir nangka bersama kuahnya dan sedia untuk dihidang.
- Lebihkan santan kalau anda inginkan kuah yang banyak. Begitu juga dengan halba, boleh ditambah sukatannya kalau suka.
- Masak butir nangka dan hirisan nangka bersama kuahnya sehingga mendidih.
Kebiasaanya yang sukakan kuih butir nangka Kelantan ini adalah kaum bapa kerana kesedapannya dan boleh dimakan semasa moreh. Harus disimpan di dalam peti kerana kuih ini mudah untuk basi.
Kredit: Resepi Panas