Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Cekodok Milo Gebu & Rangup, Masak Sekali Pasti Ulang Lagi Sebab Sedap Sangat

Resipi Cekodok Milo Gebu & Rangup, Masak Sekali Pasti Ulang Lagi Sebab Sedap Sangat

Kategori: ,
Cekodok Milo

Cekodok adalah antara hidangan yang menjadi kudapan ketika makan waktu pagi atau petang dan disukai ramai. Biasanya, kita hanya masak cekodok ikan bilis atau bawang kan? Kali ini jom kita cuba hidangan yang lain dari lain pula.

Kali ini, Daily Makan ingin berkongsi resipi dari Rasa iaitu resipi Cekodok Milo yang sangat gebu dan rangup rasanya. Dengan hanya langkah dan cara masak yang mudah, sekali buat pasti repeat lagi.

Jom lihat perkongsian dari Rasa ini.

Resipi Cekodok Milo Gebu & Rangup, Masak Sekali Pasti Ulang Lagi Sebab Sedap Sangat

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan milo
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 3 sudu makan susu pekat
  • air suam
  • minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan serbuk milo, 1 sudu kecil serbuk penaik ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Masukkan 3 sudu makan susu pekat dan juga 3 sudu makan minyak masak dan gaulkan dengan air suam sedikit demi sedikit sampailah terbentuk satu adunan yang cantik.
  3. Gaul sebati dan panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas.
  4. Lalu, bentukkan adunan dan goreng dalam minyak panas.
  5. Boleh bentukkan Cekodok Milo dengan menggunakan sudu atau tangan. Ikut kreativiti dan cara masing-masing.
  6. Goreng hingga masak dalam beberapa minit sahaja.
  7. Kemudian angkat sehingga warna keemasan. Kemudian angkat dan toskan. Cekodok Milo Cekodok MiloCekodok Milo Cekodok Milo

Haaaa siap! Cekodok Milo gebu dan memang ketagih bila sekali ngap! Nak lagi sedap, korang boleh makan dengan susu pekat. Memang layan, selamat mencuba!

Sumber: Rasa

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Kek Butter Orang Lama, Ada Cara Tersendiri Untuk Buat Kek Lagi Sedap

tags: | |