Assalamualaikum pembaca-pembaca semua !

Korang mesti pernah makan daging dendeng kan ? Sedapnya tak boleh nak dikatakan. Terlalu sedap. Korang yang tak pernah lagi merasa resipi daging dendeng ni, bolehlah cuba untuk masak sendiri nanti. Senang jee. Tak payah try hard pun.

Sebelum korang nak masak tu, korang tahu tak ape itu masuk dendeng ? Mesti tak tahu kan. Mari saya terangkan dulu secara ringkas. Resipi ini asalnya resipi daripada Indonesia. Yang uniknya resipi ini, daging akan ditumbuk dengan lesung batu supaya menjadi nipis dan senang untuk dikunyah. Menarik kan ? Rasanya yang manis-manis, ada rasa pedas dan sedikit rasa masam-masam membuatkan menu ini menjadi satu hidangan sempurna.

Untuk masak daging dendeng ni, korang kena sediakan bahan-bahan seperti berikut:

Bahan-Bahan

  • 500g daging batang pinang(potong besar-besar)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 2 sudu besar kicap pekat karamel
  • 4 biji tomato(cincang kasar)
  • 5 sudu kecil gula pasir(secukup rasa)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan diatas ni tidak termasuk daripada bahan yang hendak kita kisar. Bahan-bahan untuk dikisar seperti berikut:

Bahan Untuk Dikisar

  • 8 tangkai cili kering(rendam air panas)
  • 6 biji cili merah
  • 1 labu bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih

Dah sediakan bahan-bahan diatas. Korang dah boleh sediakan kuali dan lesung batu. Ready nak buat daging dendeng tersedap ni.Jom kita mula memasak.

Cara Memasak Daging Dendeng

1.Rebus daging bersama 3 cawan air dicampur dengan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan garam. Rebus sehingga empuk.
2.Bila dah empuk, keluarkan daging dari air rebusan dan sejukkan.
3.Potong daging tersebut secara nipis.
4.Ambil lesung batu dan tumbuk setiap satu supaya elok nipisnya.
5.Kemudian panaskan minyak seterusnya goreng daging sehingga garing.
6.Dah siap goreng daging, gunakan minyak masak yang sama untuk menumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah masak.
7.Tambah gula dan garam dan teruskan menumis sehingga tumisan kelihatan berkilat.
8.Masukkan tomato cincang, asam jawa dan kicap. Masak sehingga tomato hancur.
9.Teruskan memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau.
10.Masak sehingga mendidih,pekat dan terbit minyak dipermukaan.
11.Tambah gula dan garam(cuba dahulu jika ada gula dan garam yang kurang).
12.Masukkan daging yang telah ditumbuk dan kacau rata.

Dah detail saya bagi resipi ni. Resipi daging dendeng yang paling sedap pernah saya makan. Cubalah masak kat rumah korang. Tambah-tambah yang ada suami dan anak-anak kat rumah. Mesti diorang happy dengan masakan korang.

Selamat mencuba !

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 198 times!)