Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Diet Ala Mat Salleh, Cucumber Yogurt Salad! Cara Potongan Timun Beliau Jadi Tumpuan Netizen Ingin Cuba

Resipi Diet Ala Mat Salleh, Cucumber Yogurt Salad! Cara Potongan Timun Beliau Jadi Tumpuan Netizen Ingin Cuba

Kategori: ,,

Dah masuk musim mungkin kena diet tetapi tak tahu nak diet makan menu apa sebab dah puas untuk berpantang dengan masakan melayu. Mungkin dah boleh cuba perlahan-perlahan resipi diet orang mat salleh pula kerana menu diet mereka bukan kaleng-kaleng juga.

Resipi diet ini adalah Resipi Cucumber Yogurt Salad yang mempunyai gabungan hirisan timun batang dan yogurt yang mempunyai kalori sebanyak 150 kalori sahaja.

Resipi Diet Ala Mat Salleh, Cucumber Yogurt Salad! Cara Potongan Timun Beliau Jadi Tumpuan Netizen Ingin Cuba

Resipi Cucumber Yogurt Salad ini dikongsikan oleh Sandra’s Journeys di laman media sosialnya yang merupakan orang Eropah.

Bahan-Bahan:

  • Timun batang
  • 2 Sudu Greek Yogurt
  • Garam
  • Serbuk pudina
  • Perahan Jus lemon

Cara Penyediaannya:

  1. Gunakan pengupas kulit buah untuk mengupas timun batang, pastikan kupas ke depan dan ke belakang untuk hasilkan timun batang yang yang nipis.
  2. Masukkan 2 sudu greek yogurt, boleh dikatakan beratnya adalah 100 gram.
  3. Kemudian, masukkan garam, serbuk pudina dan perahan jus lemon.
  4. Serbuk pudina berfungsi untuk memberikan kesegaran semasa makan resipi ini.

Bolehlah anda mencuba resipi Cucumber Yogurt Salad ini di rumah anda, mana tahu menggunakan diet ini menjadi untuk dapatkan berat badan ideal yang anda inginkan.

Selamat Mencuba!

@sandras.journeys This with a side of slow cooked meat 🤌🏽 so high volume & chefs kiss #cucumbersalad #cucumberyogurtsalad #fyp #foryou #weightloss #weightlossjourney #lowcaloriefood #lowcalorie #lowcaloriemeals #lowcaloriebreakfast #lowcaloriesnacks #lowcalorierecipe #foodforweightloss #whatieat #muckbang #motivation #weightlossmotivation #weightlosstips #weightlossprogess #caloriecounting #caloriedeficit #caloriedeficitmeals #mealideas #lowcarbbreakfast #lowcarb #lowcarbmeals #lowcarbrecipes #lowcarbmealideas ♬ Calm background music with acoustic guitar and saxophone(1288148) – ame

Kredit: Sandra’s Journeys

Baca Juga: “Sedap, Makan Hari-Hari Pun Takpe”- Kuasa FYP TikTok Ni Sangat Luar Biasa, Resepi Sup Telur Diet Buat Ramai Ingin Cuba!

tags: | |