Kadang-kadang geram sangat setiap kali buat donut, tapi donut tak jadi gebu. Nak tahu cara buat donut yang gebu dan lembut? Jom ikuti resipi donut paling gebu di bawah.
Resipi Donut Paling Gebu
Bahan A:
- 1 cawan air suam
- 1 paket yis mauripan
- 2 sb susu pekat
- 2 sb gula
Bahan B:
- 5 cawan tepung gandum
- 3 sb susu tepung
- 2 sb gula
- 3 sb planta
- 2 st baking powder
- 2 st bread softner
- 1 st garam halus
Cara-cara:
- Larutkan semua bahan A, biarkan selama 15 minit.
- Satukan semua bahan A. Gaul sehingga menajdi serbuk roti.
- Masukkan bahan A tadi sedikit demi sedikit.
- Uli sehingga doh tak melakat pada jari. Lagi lama uli, lagi cantik dan lembut donut.
- Kalau adunan keras, tambah air sikit-sikit.
- Tutup adunan dengan kain dan perap selama 30 minit.
- Bila adunan dah naik cantik, tumbuk-tumbukkan adunan untuk keluarkan angin.
- Ambil sedikit adunan dan bulatkan bagi kemas.
- Letak dalam talam yang ditaburi tepung gandum, susun berjarak. Perap lagi 20 minit.
- Tekan sikit je nak buat lubang kat tengah. Perap lagi 10 minit.
- Donut naik ringan dah boleh goreng dalam minyak banyak api sangat-sangat perlahan.
- Goreng sehingga masak kedua-dua belah.
- Toskan minyak, biarkan sejuk.
- Masukkan gula kastor dalam tupperware, masukkan donut, tutup tudung dan goncang.
- Siap!
Kredit: Ann Jelani