Kebanyakan orang ramai pasti tidak tahu apa itu english scone. Ianya merupakan makanan simple seperti roti tetapi agak keras sedikit. English scone ini sesuai untuk dimakan bersama dengan pelbagai jenis jem seperti strawberi, anggur, creamcheese dan sebagainya.
English scone ini sesuai untuk dimakan semasa minum petang bersama dengan air hot chocolate. Cameron Highland antara tempat yang menjual english scone ini.
Ini Dia Resipi English Scone Yang Lazat Untuk Minum Petang. Simple Je Cara Nak Buatnya, Guna 3 Bahan Je
Cik Puan Umie Hayati telah berkongsi resipi english scone yang telah diolah oleh beliau. Sekali buat je terus jadi, bahan yang digunakan pun tak banyak.
Bahan-bahan
- 115 gram mentega
- 2 setengah cawan tepung naik sendiri
- 1 cawan krim @ susu segar
Cara Penyediaan
- Mula-mula gaulkan tepung bersama dengan mentega. Gaulkan sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti
- Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit. Uli tepung sehingga menjadi doh dan tidak lembik
- Canaikan doh sehingga nipis sedikit. Lepastu lipat doh tersebut. Uli doh itu lagi dan canai lagi doh itu. Ulang step tersebut sehingga doh menjadi nipis (tapi jangan terlalu nipis).
- Sekarang boleh terap doh guna acuan bulat. Jangan risau kalau tak ada acuan, boleh bulat-bulatkan guna permukaan cawan atau tangan je senang.
- Kemudian, susun di atas dulang pembakar, tak payah nak jarakkan sangat pon tak apa. Sapu permukaan scone dengan telur ang dicampur dengan sedikit susu segar.
- Bakar pada suhu 250 degree celcius selama 15 minit atau sehingga bahagian atas keperang-perangan. Jangan bakar sampai garing pulak ye nanti keras scone tu nanti.
Rupanya senang je nak buat dessert ala ala English ni. Makan english scone ni waktu panas-panas lagi sedap. Sapukan pula jem diatas scone memang mantap rasa dia.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Selamat mencuba!
Sumber: Kongsi Resepi
Baca juga: Hanya Guna Tuna Dalam Tin, Boleh Hasilkan Makanan Jepun! Resipi Mentai Tuna Cheese, Letak Dalam Pack Kecil-Kecil Dah Settle