Gulai ikan kering betik merupakan salah satu makanan yang sangat popular di Negeri Sembilan. Kebanyakan orang yang suka dengan masakan ini adalah orang yang berumur sedikit, jadi sesiapa yang ingin memikat hati mertua boleh cuba masakan ini.
Gulai ikan kering betik ini juga dianggap sebagai makanan tradisi orang selatan atau bahasa pasarnya Nismilan. Kepedasan gulai lemak mereka sangatlah ketara dan menyengat.
Resipi gulai lemak ikan kering betik ini telah dikongsikan oleh saudari Nur. Resipi ini nampak seperti susah tapi cara pembuatannya tidak leceh, simple sahaja.
Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum memasukkan garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada masakan.
Hidangan gulai lemak ikan kering betik dah siapp! Senang je rupanya cara nak buat resipi ni. Boleh cuba dekat rumah nanti.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Nur