Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Kerabu Epal Hijau, Sesuai Untuk Turunkan Berat Badan. Mana Yang Nak Amalkan Gaya Hidup Sihat, Harus Try!

Resipi Kerabu Epal Hijau, Sesuai Untuk Turunkan Berat Badan. Mana Yang Nak Amalkan Gaya Hidup Sihat, Harus Try!

Kategori: ,
kerabu epal hijau

Melalui perkongsian yang dikongsi oleh Shikin Shahrir, dia telah berkongsi resipi membuat kerabu epal hijau.

Kata Shikin, dia gemar makan epal hijau kerana tertarik dengan saranan yang diberikan oleh seorang doktor iaitu Dr Zubaidi Ahmad. Jadi, resepi kerabu epal hijau ini dibuat olehnya untuk amalkan cara pemakanan gaya hidup sihat.

Resipi Kerabu Epal Hijau, Sesuai Untuk Turunkan Berat Badan. Mana Yang Nak Amalkan Gaya Hidup Sihat, Harus Try!

Bahan-Bahan:

  • 1 biji epal hijau (dihiris halus)
  • 1 biji timun Jepun (dihiris halus)
  • 1 biji lobak merah (disagat)
  • 1 labu bawang besar (dihiris halus)
  • 4 tangkai cili padi (dihiris halus)
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • 1/2 sudu teh gula
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan epal, timun Jepun, lobak merah, bawang besar dan cili padi ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan jus limau nipis, gula dan garam.
  3. Gaul sebati.
  4. Sedia dihidangkan.

kerabu epal hijau kerabu epal hijau kerabu epal hijau

Siap sudah kerabu epal hijau kita. Memang boleh makan untuk mereka yang sedang ingin turunkan berat badan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba ya!

Sumber: Shikin Sharir

Baca juga: Bulan Ramadan Dah Nak Dekat, Jom Usha Resepi Air Sedap Yang Wajib Dicuba Untuk Raikan Bulan Mulia

tags: | |