Bosan dengan menu-menu ikan bakar yang biasa dan ingin mengubah selera anda? Apa kata anda cuba pula membuat menu ikan bakar portugis ini. Sangat sedap dan mudah sahaja untuk dilakukan. Jom kita tengok resipi ikan bakar portugis ini.
Ramuan Yang Diperlukan
Cara Membuat Minyak Bawang Putih
Bahan-Bahan Kisar Yang Diperlukan
1. Mula2 buat minyak bawang putih : basuh bawang putih beserta kulitnya kemudian tumbuk. Panaskan minyak (saya guna minyak zaitun) kemudian tumis bawang putih beserta kulitnya hingga garing. Biarkan sejuk.
2. Kelar2 ikan kemudian lumur dengan air limau nipis, garam dan sedikit serbuk perasa.
3. Lumur ikan dengan bahan2 kisar termasuk bahagian dalam ikan.
4. Bentangkan aluminium foil dan lapik daun pisang di atasnya. Letak ikan yg sudah dilumur bahan2 kisar tadi. Taburkan daun limau purut.
5. Tambahkan minyak bawang putih. Balut kemas.
6. Bakar dalam oven 180°C selama 30 minit (api atas bawah) atau guna pembakar atas api dapur (terbalik2an). Jika bakar dalam oven setelah ikan masak boleh buka aluminium foil dan bakar lagi guna api atas untuk keringkan sambalnya jika suka.
7. Ikan bakar portugis yg lembut dan sedap sedia dinikmati bersama nasi panas ❤
Selamat mencuba semua untuk membuat resipi ikan bakar portugis ini.
Sumber : Eka Zahra
Baca Juga :- Cara Masak Sup Ikan Ala Siam Yang Sedap, Yang Penting Tak Hanyir!