Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Unik Ikan Bilis Masak Asam, Memang Sedap! Cara Buat Pun Senang Sangat

Resipi Unik Ikan Bilis Masak Asam, Memang Sedap! Cara Buat Pun Senang Sangat

Kategori: ,
Ikan Bilis Masak Asam

Ikan bilis merupakan antara lauk yang menjadi hidangan ringkas tetapi sedap dan menyelerakan.

Jadi untuk kali ini, Daily Makan ingin berkongsi satu hidangan ikan bilis – Ikan Bilis Masak Asam yang begitu senang dimasak, dan dalam masa yang sama enak rasanya.

Resipi Unik Ikan Bilis Masak Asam, Memang Sedap! Cara Buat Pun Senang Sangat

Bahan-bahan:

  • ikan bilis
  • bawang besar dihiris
  • bawang putih dihiris
  • halia-dihirs
  • cili padi diketuk
  • air asam jawa
  • garam & gula
  • minyak untuk goreng

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  3.  Kemudian curahkan air asam jawa. Selepas mendidih baru masukkan perasa. Saya masukkan garam, gula dan perasa.
  4. Kemudian masukkan ikan bilis tadi, gaul rata. Boleh juga tambah lagi hirisan bawang agar lebih manis. Tutup api.Ikan Bilis Masak Asam

Siap! Dah boleh makan dengan nasi panas-panas.

Nota tambahan: Lauk Ikan Bilis Masak Asam ini jika dimakan selepas dimasak, ikan bilis masih rangup. Kesedapan juga bergantung kepada kualiti ikan bilis dan rasa masam, masin dan manisnya.

Selamat mencuba dan menikmati. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: Nor Hayati Bakar

Baca juga: Letak ‘Bahan Istimewa’ Ni, Sambal Nasi Lemak Terus Jadi Sedap Sangat! Kena Letak Masa Kisar Bawang!

tags: |