Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Ikan Celup Tepung Ala-Ala Ganu Kite, Memang Rasa Sebijik Sama

Resipi Ikan Celup Tepung Ala-Ala Ganu Kite, Memang Rasa Sebijik Sama

Kategori: ,
Resipi Ikan Celup Tepung

Tak perlu pergi jauh dah lepasni kalau nak makan celup tepung kat Terengganu. Buat sendiri pun boleh, rasa pun memang sebiji sama! Jom cuba buat menggunakan resipi ikan celup tepung ala-ala ganu kite, perkongsian oleh Noor Hidayah Hanapi.

Resipi Ikan Celup Tepung Ala-Ala Ganu Kite

Bahan-bahan:

  • Tepung beras
  • Telur
  • Garam
  • Kunyit
  • Kapur makan
  • Air sejuk

Cara-cara:

  1. Campurkan dan gaul.
  2. Kapur tu bancuh dengan air dan ambik air kapur yang jernih tu je. Jangan banyak sangat kapur tu, nanti jadi pahit.
  3. Campur air mineral dgn ais.
  4. Bancuh agak cair supaya menjadi sarang-sarang tu nanti. Kalau pekat sangat takut tepung tu melekat dan tak menjadi sarang.
  5. Celup ikan dan goreng. Renjis-renjiskan tepung dalam minyak untuk dapatkan serdak tepung.
  6. Siap.
  7. Cicah dengan sos kepok lekor, sebijik macam makan kat ganu.

Selamat mencuba!

tags: