Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Ikan Kembung Masak Bumbu Acar, Sajian Indonesia Yang Lejen & Disukai Ramai

Resipi Ikan Kembung Masak Bumbu Acar, Sajian Indonesia Yang Lejen & Disukai Ramai

Kategori: ,
ikan kembung masak bumbu acar

Mahukan kelainaan bila memasak hidangan ikan? Daily Makan ingin berkongsi resipi khas dari Indonesia, ikan kembung masak bumbu acar. Sememangnya sedap dengan bumbu istimewanya.

Tak lah bosan bila kita goreng ikan sahaja kan? Jom kita ikuti resipi yang dikongsi oleh Pawon MBU ini. Memang menarik hidangan ikan kembung masak bumbu acar dan patut dicuba!

Resipi Ikan Kembung Masak Bumbu Acar, Sajian Indonesia Yang Lejen & Disukai Ramai

Bahan-Bahan:

  • 3 ekor ikan kembung
  • 6 cabe rawit merah
  • 4 cabe rawit hijau
  • 2 batang daun bawang

Bahan-Bahan (Bumbu Halus):

  • 4 bawang putih
  • 6 bawang merah
  • 1 ruas jari jahe
  • 2 ruas jari kunyit
  • 5 butir kemiri bulat
  • lada secukupnya
  • gula secukupnya
  • garam secukupnyaa
  • kaldu bubuk secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Ikan kembung dibersihkan terlebih dahulu. Iris 2 kali di bahagian badannya lalu goreng sampai kering.
  2. Tumis sampai harum dan bumbu sudah kelihatan matang lalu kasih air kira-kira setengah gelas belimbing. Aduk dan masukkan gula, garam, kaldu bubuk.
  3. Tunggu sampai bumbu tadi agak mengental.
  4. Jika sudah mengental maasukkan cili rawit gelondongan dan irisan menyerong daun bawang. Jika sudah masukkan ikan masak dibolak balik agar bumbu meresap.
  5. Boleh rasa dahulu untuk seimbangkan rasanya. ikan kembung masak bumbu acar ikan kembung masak bumbu acar

Okay dah siap kita punya hidangan ikan kembung masak bumbu acar! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para pembaca semua. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Pawon MBU

Baca juga: Guna Nasi Je! Ini Cara Buat Racun Organik Homemade, Sayuran Jadi Lebat & Tanaman Makin Sihat!

tags: | |