Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Ikan Masak Pedas Ala Thai – Tak Guna Bawang Merah Tapi Tetap Sedap

Resipi Ikan Masak Pedas Ala Thai – Tak Guna Bawang Merah Tapi Tetap Sedap

Kategori: ,
Ikan Masak Pedas Ala Thai

Menu ikan seperti ikan goreng, gulai ataupun masakan sambal memang menjadi pilihan orang Asia.

Jadi kali ini Daily Makan ingin berkongsi masakan Ikan Masak Pedas Ala Thai. Memang sedap makan dengan nasi panas-panas!

Resipi Ikan Masak Pedas Ala Thai – Tak Guna Bawang Merah Tapi Tetap Sedap

Bahan-bahan:

  • ikan kembung – gaul dengan garam dan kunyit goreng
  • daum limau purut – dihiris
  • bawang holland – dihiris

Bahan-bahan (kisar):

  • cili merah
  • cili hijau
  • cilli padi merah
  • cili padi hijau
  • 3 batang serai
  • 6 ulas bawang putih

Bahan-bahan (sos):

  • sos ikan
  • sos tiram
  • sos cili
  • sos tomato
  • gula
  • air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis, bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan semua sos dan gaul rata. Tak perlu tambah garam kerana sos dah masin.
  3. Masukkan sedikit air untuk kuahnya. Agak-agak saja. Biarkan mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut, bawang holland dan ikan goreng. Gaul rata, siap! Ikan Masak Pedas Ala Thai

Info: Sambal ini tak gunakan bawang merah kisar macam ikan sambal yang biasa kita buat. hanya bawang putih sahaja.

Selamat mencuba dan menikmati. Semoga perkongsian Ikan Masak Pedas Ala Thai ini bermanfaat buat para pembaca. Terima kasih juga kepada pemilik resipi.

Sumber: Muza Muzawati

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Kek Tapak Kuda Viral Paling Sedap, Rasanya Lebih Lembut & Cair Di Mulut

tags: |