Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Menu Paling Best, Ini Resipi Ikan Sardin Masak Asam Cuka Yang Semua Orang Wajib Cuba!

Menu Paling Best, Ini Resipi Ikan Sardin Masak Asam Cuka Yang Semua Orang Wajib Cuba!

Kategori: ,
resepi ikan sardin masak asam cuka

Ikan sardin amat digemari ramai dan sesuai untuk dimasak dalam pelbagai jenis masakan. Ramai yang gemar menggorengnya atau dimasak bersama sambal, namun tahukah anda ada cara lain untuk menikmatinya?

Mesti ramai lagi yang belum cuba resepi ikan sardin masak asam cuka, kan? Masakan itu selalunya menggunakan ikan tongkol, tapi tahukah anda penggunaan ikan sardin itu lebih mudah dan sama sahaja sedapnya? Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian resepi oleh Mohd Rozmie ini.

Menu Paling Best, Ini Resipi Ikan Sardin Masak Asam Cuka Yang Semua Orang Wajib Cuba!

Bahan-Bahan:

  • Ikan sardin
  • 7 batang bendi sederhana
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • 3 biji cili merah atau cili besar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • Asam jawa (anggaran semangkuk air)
  • 2 sudu cuka
  • Sedikit garam
  • Gula
  • Serbuk kunyit
  • Minyak memasak

Cara Penyediaan:

  1. Ikan sardin lepas dicuci perlu digaul dengan garam dan kunyit. Bahan-bahan lain boleh dipotong kasar atau ikut selera masing-masing. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  2. Panaskan minyak untuk goreng ikan. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  3. Goreng ikan hingga masak. Kemudian, ketepikan dulu. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  4. Panaskan minyak lebihan goreng ikan tadi dalam anggaran satu senduk. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  5. Tumiskan bawang putih. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  6. Masukkan bawang merah, halia dan biji sawi.  RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  7. Tumis sehingga bawang menjadi layu elok. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  8. Selepas bawang dah layu, masukkan cili padi dan cili merah dan tumis lagi sehingga cili sedikit layu dan sebati elok. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  9. Kemudian, masukkan asam jawa. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  10. Masukkan dua sudu cuka. Jangan terlebih masuk cuka, cukup sekadar perasa sahaja. Jika tidak suka dengan cuka, boleh digantikan dengan perahan lemon. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  11. Masukkan garam secukup rasa.RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  12. Masukkan dua sudu gula. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  13. Tambahkan sedikit air untuk kuahnya.RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  14. Biarkan bahan merenih sekejap supaya betul-betul masak. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  15. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  16. Masukkan bendi dan tunggu bendi sedikit layu. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  17. Sebelum tutup api, masukkan tomato dan tutup api. Biarkan tomato itu layu dengan kepanasan kuahnya. RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T
  18. Dah siap untuk dihidang! RESEPI-IKAN-SARDIN-MASAK-ASAM-CUKA-T

Hidangan ini tampak sungguh menyelerakan! Bagi anda yang suka dengan lauk yang masak-masak, boleh lah cuba resepi ikan sardin masak asam cuka ini yang sangat enak bila dinikmati bersama nasi putih. Lauk yang simple juga boleh menambat hati sesiapa sahaja yang mencuba.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Mohd Rozmie

Baca Juga: Lain Dari Lain, Ini Dia Resepi Ikan Masak Halia Bersama Lada Hitam. Makan Dengan Nasi Panas Memang Sedap!

tags: | |