Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Talapia Kukus Chinese Style, 6 Minit Je Kalau Guna Microwave

Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Talapia Kukus Chinese Style, 6 Minit Je Kalau Guna Microwave

Kategori: ,
ikan talapia

Memasak makanan yang lazat dan sihat dalam masa yang singkat sememangnya menjadi impian ramai.

Kali ini, seorang wanita telah berkongsi resipi ikan talapia kukus Chinese style yang bukan sahaja mudah dan cepat disediakan, malah memerlukan hanya 6 minit menggunakan microwave!

Resipi Ikan Talapia Kukus Chinese Style, 6 Minit Je Kalau Guna Microwave

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan talapia
  • Halia (hiris)
  • Daun bawang
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar salt & spice
  • 1 biji cili merah besar
  • 2 sudu besar bawang putih goreng

Bahan untuk sos:

  • 4 sudu besar taucu
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu bedar minyak bijan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis

Cara memasak:

  1. Sediakan pinggan mesra microwave. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan daun bawang ke dalam pinggan dan letakkan ikan diatas bahan tadi.

  2. Kemudian masukkan juga 3 ulas bawang putih, hirisan halia dan daun bawang ke dalam perut ikan. ikan talapia

  3. Taburkan salt & spice atas ikan dan lumur ke seluruh ikan kemudian taburkan juga hirisan halia di atas ikan.

  4. Masukkan ikan tadi ke dalam microwave dan pilih mode auto Steam Fish.ikan talapia

  5. Setelah 4 minit siap masak keluarkan ikan.

  6. Campurkan kesemua bahan Sos Taucu di dalam mangkuk mesra microwave dan panaskan menggunakan microwave selama 2 minit (pilih mode auto reheat selama 2 minit).

  7. Setelah siap panaskan, curahkan sos taucu diatas akan, dan hias ikan dengan hirisan halia, daun bawang dan cili merah.ikan talapia

  8. Curahkan minyak yang telah dipanaskan di atas ikan dan taburkan bawang putih goreng.

Dah siap! Resipi talapia kukus Chinese style ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari kelainan dalam hidangan harian dan ingin mencuba resipi baru yang mudah dan cepat.

Dengan hanya menggunakan microwave, anda boleh menikmati hidangan yang lazat dalam masa yang singkat. Jadi, jangan tunggu lagi, cuba resipi ini hari ini dan nikmati keenakan talapia kukus yang menyelerakan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Dapoq Kebaya

Baca juga: Tak Sangka Karipap Inti Oksigen Peniaga Ini Jadi Sambutan Hangat, Ramai Yang Tanya Tempat Kat Mana..

tags: | |