Pelbagai juadah enak boleh dibuat dengan menggunakan ikan tenggiri. Ada yang suka menggoreng ikan tenggiri yang hanya dilumur garam dan kunyit, sudah cukup menyelerakan buat mereka.
Namun jika anda mahu mencuba kelainan, boleh cuba membuat ikan tenggiri berlado yang sedap dan sangat mudah untuk dibuat. Tak perlu lauk lain, satu lauk ini sudah cukup berselera.
Lihat resipi lengkap di bawah hasil perkongsian oleh Nurul Ateekah yang sangat mudah untuk diikuti. Selamat mencuba!
Cara Memasak Ikan Tenggiri Berlado
Bahan-bahan:
-
Ikan tenggiri (7-8 keping)
-
Cili merah 11 batang*
-
Bawang putih 3 ulas*
-
Bawang besar ½ biji*
-
Tomato 1 buah (belah 4)
-
Serai 1 batang (dikatok)
-
Daun limau purut 2 helai
-
Serbuk belacan 1 sudu kecil
-
Serbuk perasa 1 sudu kecil
-
Garam (agak2)
-
Gula (jika mahu)
Cara-cara:
- Kisar atau tumbuk bahan bertanda (*).
- Lumurkan garam dan kunyit pada ikan.
- Panaskan minyak dan goreng kan sehingga masak. Apabila sudah masak, angkat dan ketepikan.
- Guna minyak yang sama, masukkan bahan kisar tadi bersama serai dan daun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan tomato, serbuk belacan dan bahan lain. Gaul sebati dan perasakan dengan secukup rasa mengikuti citarasa.
- Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul semua bahan sehingga sebati dan biarkan seketika.
- Angkat dan taburkan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.
Kredit: Nurul Ateekah