Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Habis Dah Raya Tahun Ini, Jom Cuba Buat Kek Batik Oreo Tanpa Bakar! Jimat Bil Elektrik Rumah Anda

Habis Dah Raya Tahun Ini, Jom Cuba Buat Kek Batik Oreo Tanpa Bakar! Jimat Bil Elektrik Rumah Anda

Kategori:
Kek Batik Oreo

Untuk pengetahuan semua, kek batik adalah sejenis dessert yang paling popular di Malaysia kerana tidak perlu dikukus. Campuran antara biskut Marie yang hancur dan dikacau bersama milo dan macam-macam lagi.

Ramai yang mengolah atau inovasi kek batik tersebut menjadi pelbagai rasa. Ini adalah salah satu resipi kek batik yang sedap iaitu Kek Batik Oreo.

Habis Dah Raya Tahun Ini, Jom Cuba Buat Kek Batik Oreo Tanpa Bakar! Jimat Bil Elektrik Rumah Anda

Resipi Kek Batik Oreo ini dikongsikan oleh Resepi Mee dan Pasta di Facebook Page beliau dan mendapat banyak kongsian daripada para pengikutnya di Facebook.

Kek Batik Oreo

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 250g mentega
  • ½ tin susu pekat
  • 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan)
  • 2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)

Kek Batik Oreo

Cara Penyediaannya:

  1. Dengan api kecil, cairkan mentega
  2. Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati
  3. Tambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan
  4. Tutup api; masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan gaul
  5. Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin
  6. Tabur kepingan Oreo ke atas adunan
  7. Masukkan separuh lagi adunan dan ratakan
  8. Hias dengan kepingan Oreo
  9. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman
  10. Untuk hidang, celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang diingini

Mudah rupanya untuk siapkan sebiji Kek Batik Oreo ini dan tak perlu bakar. Jimat juga bil elektrik di rumah anda. Jadi, tunggu apa lagi! Selamat mencuba.

Kredit: Resepi Mee dan Pasta

Baca Juga: Ini Dia Resepi Kek Oreo Cheese Tanpa Bakar Yang Simple

tags: | |