Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Kek Tapak Kuda Viral Paling Sedap, Rasanya Lebih Lembut & Cair Di Mulut

Wanita Ini Kongsi Resipi Kek Tapak Kuda Viral Paling Sedap, Rasanya Lebih Lembut & Cair Di Mulut

Kategori: ,

Sebut sahaja Kek Tapak Kuda, pasti ramai yang mengenalinya. Ia adalah antara dessert atau manisan yang popular dan disebut ramai.

Para peniaga ramai menjadikan Kek Tapak Kuda sebagai sumber mencari rezeki. Rasanya yang lembut dengan pelbagai perisa yang tersedia menjadi antara faktor ramai orang menggemarinya.

Jadi, jika pembaca Daily Makan berasa ingin membuat sendiri Kek Tapak Kuda Viral ini, kami akan berkongsi satu resipi yang boleh dirujuk semua.

Jadi tunggi apa lagi? Jom kita rujuk perkongsian resipiKek Tapak Kuda Viral filling leleh oleh Tuan Adriana Arissa ini bersama.

Wanita Ini Kongsi Resipi Kek Tapak Kuda Viral Paling Sedap, Rasanya Lebih Lembut & Cair Di Mulut

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred A / 5 biji B
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar ovellete
  • 3 sudu kecil susu tepung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 125 gram marjerin/butter (dicairkan)

Cara Penyediaan:

  1. Pukul semua bahan di atas kecuali butter sehingga gebu dan kembang.
  2. Bila dah gebu, masukkan butter cair. Kaup balik sehingga sebati atau mix sekejap.
  3. Asingkan 100 gram adunan dan masukkan 1 sudu besar serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam. Simpan sikit lebihan untuk lorekkan bahagian atas.
  4. Saya guna loyang saiz 10 inci. Bakar suhu 150 selama 25 hingga 30 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.
  5. Bila dah siap bakar, sejukkan sekejap dan terbalikkan kek.
  6. Terbalikkan semua dan potong dua bahagian di tengah.
  7. Dapat dua biji kek untuk 1 adunan ini. Wrap dengan menggunakan plastik syiling cyling dengan kemas.
  8. Boleh letak filling kesukaan. Saya guna brand Delfi perisa chocolate hazelnut. Sedap.
  9. Boleh letak chiller sebelum potong untuk elakkan filling terlalu merah.

Yeay dah siap Kek Tapak Kuda Viral kita. Sedia untuk dihidang. Mudah kan? Selamat mencuba.

Sumber: Tuan Adriana Arissa 

Baca juga: Resipi Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh Viral, Hasilnya Memang Sedap Dengan Bentuk Yang Comel. Korang Mesti Cuba!

tags: |