Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh Viral, Hasilnya Memang Sedap Dengan Bentuk Yang Comel. Korang Mesti Cuba!

Resipi Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh Viral, Hasilnya Memang Sedap Dengan Bentuk Yang Comel. Korang Mesti Cuba!

Kategori: ,
Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh

Dah bosan makan kek biasa yang bentuk segi empat? Jom kita buat kek versi saiz yang comel pula.

Perkongsian resipi Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh oleh Nuralia Idayu ini mendapat perhatian ramai netizen apabila hasil kek sememangnya nampak sedap dan mengiurkan.

Jom kita ikuti perkongsian ini sama-sama!

Resipi Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh Viral, Hasilnya Memang Sedap Dengan Bentuk Yang Comel. Korang Mesti Cuba!

Bahan-Bahan:

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/2 cawan ssusu pekat
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk baking powder
  • 1/2 sudu kkecil sserbuk soda bikarbonat
  • pewarna merah & red velvet emullco
  • bekas lompang

Cara Penyediaan:

  1. Pecahkan telur, masukkan gula + ovalette. Campur sebati.
  2. Masukkan susu & minyak. Mix sebati lagi.
  3. Tuangkan tepung, serbuk baking powder, serbuk soda bikarbonat. Kacau dengan sudu kasi rata. Kalau terus putar guna mixer takut nanti bersepah tepung luar bekas.
  4. Titiskan pewarna & red velvet emulco. Baru boleh mix guna mixer.
  5. Masukkan air 1/2 cawan dulu, kalau rasa pekat tuangkan lagi sikit-sikit. Pekat sangat pun tak boleh nanti kek bantat.
  6. Sapu minyak guna tisu dalam bekas lompang tu elakkan kek melekat. Senang nak keluarkan nanti masak.
  7. Agihan adunan dalam bekas lompang, isi dalam 3/4 bekas sahaja.
  8. Api sederhana besar, kukus dalam 20 minit. Sementara tunggu kek sejuk, boleh putar topping cheese.
  9. Sementara tunggu kek sejuk, boleh putar toping cheese. Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh

Bahan-Bahan:

  • cheese tartura – 250 gram
  • 1-2 sudu besar krimwell – boleh cari dekat kedai kek
  • gula icing secukup rasa
  • susu cair

Cara Penyediaan:

  1. Putar cheese sampai agak-agak kembang & lembut.
  2. Masuk krimwell & icing. Mix sampai sebati & tak ada ketulan. Nak manis, letak gula icing banyak. Nak kurang manis, letaak gula icing sikit saja.
  3. Masukkan susu cair sikit-sikit je. Nak cair, letak lebih. Ikut selera sendiri.
  4. Langkah akhir, letakkan cheese atas kek. Nak guna piping bag pun boleh. Tabur-tabur sikit nak hias bagi nampak cantik. Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh

Yeay dah siap Mini Cup Red Velvet yang comel ni. Bolehlah buat di rumah tau! Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Nuralia Idayu

Baca juga: Ilmu Pengasih Tanak Nasi, Selama 25 Tahun Guna Cara Ini! Siapa Sangka, Buat Orang Lagi Tergila Nak Tambah Nasi

tags: | |