Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Kerabu Mangga Telur, Rasa Sedap & Masam Memang Semua Cukup

Resipi Kerabu Mangga Telur, Rasa Sedap & Masam Memang Semua Cukup

Kategori: ,
kerabu mangga telur

Kalau anda suka kerabu yang masam manis, sememangnya perkongsian artikel ini untuk korang. Lihat gambar pun dah tahu boleh buat orang terliur.

Jadi jom cuba resipi kerabu mangga telur perkongsian daripada Norraihan Ismail ini. Boleh makan ratah atau jadikan lauk simpangan makan dengan nasi.

Resipi Kerabu Mangga Telur, Rasa Sedap & Masam Memang Semua Cukupkerabu mangga telur

Bahan-Bahan:

  • mempelam telur muda
  • bawang merah
  • cili padi
  • chili flakes / emping cili
  • kacang tanah – disangai
  • udang kering – digoreng
  • gula perang cukup rasa

Bahan Sos:

  • kicap sotong
  • madu

Cara Penyediaan:

  1. Potong nipis mempelam telur seperti dalam gambar dan rendam dalam air sejuk. kerabu mangga telur
  2. Potong bawnag merah dan cili. Campurkan cili kering, belacan dan gula perang.kerabu mangga telur
  3. Gaul bahan-bahan tadi hingga sebati. Kemudian masukkan bahan-bahan lain (termasuk sos) kecuali udang kering. kerabu mangga telurkerabu mangga telur
  4. Campur semua bahan hingga rata. Kemudian gaul dan masukkan udang kering.
  5. Sedia untuk dinikmati. kerabu mangga telur kerabu mangga telur

Nota:

  • Untuk sos, campurkan madu dengan kicap sotong dan masak hingga mendidih. Sejukkan sepenuhnya.
  • Bahan-bahan di atas tiada jumlah yang spesifik. Ikut kesesuaian dan citarasa anda.

Haaa dah siap semuanya! Memang kecur air liur kan bila dah siap. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!

Sumber: Norraihan Ismail 

Baca juga: Tanam Pokok Kesum Dalam Rendaman Air, Ini Tips Supaya Pokok Elok Subur Dan Akar Meriah!

tags: | |