Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Dari Arwah Mak, Ini Dia Cara Buat Kerabu Tauge Untuk Iftar Yang Disukai Seisi Keluarga, Cara Orang Lama

Resipi Dari Arwah Mak, Ini Dia Cara Buat Kerabu Tauge Untuk Iftar Yang Disukai Seisi Keluarga, Cara Orang Lama

Kategori: ,
kerabu tauge

Kerabu sememangnya makanan sampingan yang akan menambah selera makan kita ketika menjamu selera. Misalnya, jika tersedia kerabu suhun, kerabu mangga ataupun kerabu sotong dimakan bersama nasi panas-panas memang dapat kecur air liur.

Kali ini, kami ingin kongsikan resipi kerabu tauge. Lain dari yang lain. Sesiapa yang tak sukakan tauge pun akan jatuh cinta dengan resipi ini.

Ia dikongsikan oleh Siti Hazneza Abdul Hamid yang diturunkan ilmu resipi ini dari arwah maknya. Memang sedap dan seisi keluarga pun suka. Jom buat kerabu tauge ini sama-sama!

Resipi Dari Arwah Mak, Ini Dia Cara Buat Kerabu Tauge Untuk Iftar Yang Disukai Seisi Keluarga, Cara Orang Lama

Bahan-Bahan

  • 200 gram tauge
  • 2 biji bawang besar – mayang nipis
  • 2 inic halia – potong jurai
  • 1 bunga kantan – cincang
  • 2 batang serai – ambil bahagian lembut dan hiris nipis
  • 1/2 cawan beras – disangai (dry roasted) dan tumbuk kasar
  • 2 cawan kerisik –  tumbuk sekejap sahaja untuk kuatkan wangi dan rasa, tidak perlu sampai pecah minyak
  • 1 cawan sambal belacan / secukup rasa
  • kerabu ini versi sayuran, boleh tambah apa-apa yang suka (perut, kerang, udang jika berminat)

Cara Penyediaan:

  1. 200 gram tauge dibuang ekor dan dicelur.kerabu tauge
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Seimbangkan perisa. Tambah air asam jawa, garam, gula dan sambal belacan jika perlu.kerabu tauge
  4. Siap, rangup dan kering. Jika suka versi basah, boleh letak 2-3 sudu makan santan ya.kerabu tauge
  5. Kerabu ini versi sayuran, boleh tambah apa-apa yang suka (perut, kerang, udang jika berminat).
  6. Selamat mencuba dan menikmati!

Dah siap kerabu tauge kita. Senang kan? Haaa boleh lah masak dan makan sekali dengan nasi. Memang sedap tau. Sesiapa yang suka pedas, boleh letak cili potong.

Semoga perkongsian kerabu tauge ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid

Baca juga: Cara Buat Puding 3 Layer, Mudah Sangat & Enak Untuk Berbuka Puasa

tags: | |