Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Puding 3 Layer, Mudah Sangat & Boleh Buat Potluck Untuk Jamuan!

Cara Buat Puding 3 Layer, Mudah Sangat & Boleh Buat Potluck Untuk Jamuan!

Kategori: ,
puding layer

Aneka puding menjadi pencuci mulut pilihan ramai untuk berbuka puasa. Ini kerana ianya ringan dan sangat menyegarkan bila dimakan. Terdapat pelbagai jenis puding yang dijual di bazar ramadan. Ada juga yang anda boleh cuba menyediakan sendiri di rumah.

Untuk puding yang unik dan sedap, ini resepi puding 3 layer yang anda boleh cuba sendiri di rumah. Caranya mudah sahaja dan jika anda penggemar puding, anda harus mencubanya sekarang. Ikuti perkongsian ini.

Cara Buat Puding 3 Layer, Mudah Sangat & Enak!

Bahan lapisan pertama

  • 8gram agar-agar tali
  • 3 cawan air (anggaran 750ml)
  • 150gram susu segar untuk dapat kesan putih pada lapisan pertama
  • 60 gula
  • Oreo crumbs

Bahan lapisan kedua

  • 8gram agar-agar tali
  • 3 cawan air (anggaran 750ml)
  • 130gram susu cair
  • 40gram gula
  • 50gram cadbury
  • 1 sudu makan serbuk koko (guna yang ini)

Bahan lapisan ketiga

  • 8gram agar-agar tali
  • 3 cawan air (anggaran 750ml)
  • 100gram  susu cair
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 150gram coklat gelap PUDING 3 LAYER

Cara penyediaan lapisan pertama

  1. Letakkan 3 cawan air, 8 gram agar-agar tali. Buka api sederhana. Biarkan mendidih. PUDING 3 LAYER
  2. Dah mendidih, masukkan 150gram susu segar dan gula. Bila ia mendidih sekali lagi, tutup api. PUDING 3 LAYER
  3. Masukkan oreo crumbs bila puding dah suam-suam sedikit. Terpulang nak masukkan berapa banyak. PUDING 3 LAYER
  4. Dah siap lapisan pertama. Setkan suhu bilik. Jangan risau, dia akan set sementara kita buat lapisan seterusnya.

Cara penyediaan lapisan kedua

  1. Masukkan 3 cawan air dan 8gram agar-agar tali.
  2. Biarkan mendidih, baru masukkan 130gram susu cair, 40gram gula, 50gram cadbury dan 1 sudu makan serbuk koko. PUDING 3 LAYER
  3. Kacau dan biarkan mendidih. Dah mendidih tutup api dan masukkan perlahan-lahan ke atas lapisan pertama yang sudah set tadi. Biarkan ianya set pada suhu bilik sementara anda sediakan lapisan terakhir. PUDING 3 LAYER

Cara penyediaan lapisan ketiga

  1. Masukkan 3 cawan air dan 8gram agar-agar tali.
  2. Biarkan ia mendidih, baru masukkan 130gram susu cair, 40gram gula, 3 sudu makan serbuk koko. Kacau sehingga sebati.
  3. Bila sudah sebati, masukkan 150gram coklat gelap. Bila dah mendidih, tutup api.  PUDING 3 LAYER
  4. Masukkan perlahan-lahan ke atas lapisan kedua tadi. PUDING 3 LAYER
  5. Setkan 40 minit pada suhu bilik baru masukkan dalam peti selama 3 atau 4 jam.
  6. Dah siap boleh hiaskan ikut kreativiti masing-masing. PUDING 3 LAYER PUDING 3 LAYER PUDING 3 LAYER

Pada mulanya ingat susah tapi rupanya mudah sahaja untuk menyediakan puding 3 layer ini. Resepinya ringkas dan tentunya anda boleh mencuba pelbagai toppings mengikut citarasa anda sendiri.

Selamat mencuba

Kredit: Muhammad Ali via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Tips Masak Sagu Gula Melaka Supaya Menjadi & Cantik Macam Kristal

 

tags: |