Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat Puding Buah Naga, Pencuci Mulut Yang Menyegarkan Tekak. Sesuai Untuk Berbuka Puasa!

Cara Mudah Buat Puding Buah Naga, Pencuci Mulut Yang Menyegarkan Tekak. Sesuai Untuk Berbuka Puasa!

Kategori: ,
puding naga

Umum mengetahui bahawa buah naga merupakan buah yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Perasan tak biasanya makanan bayi banyak diperbuat dari buah naga ini. Tidak kira sama ada bubur, biskut dan sebagainya.

Buah yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan vitamin C boleh dibuat pelbagai jenis hidangan. Selain kek dan air atau pun dimakan begitu sahaja buah ini juga sangat enak apabila dibuat puding. Nak cuba buat Puding Buah Naga ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Resepi Puding Buah Naga Yang Sedap Dan Menyegarkan!

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah naga (isi merah)
  • 1 paket agar-agar bertali (20gm)
  • 750 mls susu cair
  • 750 mls air kosong
  • 1 cawan gula kastor (Boleh kurang kan)

Cara Penyediaan:

  1. Potong buah naga kecil-kecil. Terpulang sama ada nak potong memanjang ke dadu ke janji boleh masuk mulut. Siap, ketepikan dulu.
  2. Dalam periuk, masukkan agar-agar dan juga air. Buka apa dan kacau sedikit hingga agar-agar tadi cair dan mendidih.
  3. Apabila tali agar-agar dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau susu supaya tak hangit. Api kena jaga.
  4. Apabila sebati boleh masukkan gula mengikut citarasa masing-masing.
  5. Kacau hingga gula sebati.
  6. Masukkan buah naga tadi.
  7. Kacau lagi. Buat puding ni memang kena selalu kacau. Kemudian tutup api dan masukkan dalam loyang yang disediakan.
  8. Biarkan sekejap dekat luar kemudian baru masukkan ke dalam peti ais.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Puding Buah Naga ini? Dijamin sedap tau bukan sahaja cantik. Sangat sesuai dimakan waktu puding tersebut masih lagi sejuk. Barulah tekak anda berasa segar. Jadi tunggu apa lagi tu? Kalau terliur jom kita cuba buat.

Kredit: Nurhayati Abd Malek

Baca juga: Resepi Puding Cincau Blueberry Yang Cantik Dan Mudah, Tak Ramai Yang Buat Tapi Sedap Sangat

tags: |