Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Kerabu Timun Bersantan, Menu Dari Kelantan Yang Mantap Dimakan Sejuk

Ini Resipi Kerabu Timun Bersantan, Menu Dari Kelantan Yang Mantap Dimakan Sejuk

Kategori: ,
Kerabu Timun Bersantan

Hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas, hidangan sedap dari Kelantan ini dapat dibuat. Hidangan Kerabu Timun Bersantan ini sememangnya sedap dimakan sejuk.

Bahan-bahannya cukup mudah. Anda hanya perlukan timun yang disagat atau diparut halus. Sebaiknya guna mesin pemarut supaya saiznya sekata dan parutannya halus. Jika guna pisau, tekstur halus agak sukar untuk diperoleh.

Selain itu, bahan utama yang harus digunakan dalam hidangan ini adalah santan dan mempunyai rencah ikan. Bila keduanya bergabung, memang enak dan sedap. Lemak-lemak rasanya. Sangat kena bila dimakan sejuk. Ratah sahaja boleh habis semangkuk.

Ini Resipi Kerabu Timun Bersantan, Menu Dari Kelantan Yang Mantap Dimakan Sejuk

Bahan-bahan:

  • 2-3 batang timun
  • santan secukupnya – tak terlalu pekat & tak terlalu cair
  • garam dan sedikit gula – jika suka
  • jus limau nipis secukupnya

Bahan Tumbuk:

  • 2-3 ekor ikan selayang / sardin rebus
  • 3 biji bawang merah
  • lada hitam secukupnya
  • kelapa parut goreng secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Satukan bawang merah, lada hitam, kelapa parut goreng dan isi ikan selayang (sardin) yang direbus. Tumbuk hingga lumat.
  2. Sagat halus timun. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang bersesuaian.
  3. Campurkan bahan tumbuk tadi ke dalam mangkuk berisi timun yang disagat.
  4. Masukkan santan dengan secukupnya. Sebaiknya santan dipanaskan sekejap supaya kerabu lambat basi.
  5. Perasakan dengan menambah garam dengan seckupnya. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit gula.
  6. Masukkan perahan limau nipis mengikut tahap kemasaman yang digemari.
  7. Gaul rata dan Kerabu Timun sedia untuk dinikmati.

Info: Untuk rasa Kerabu Timun Bersantan lebih enak, boleh tambah perut lembu rebus atau kerang rebus ke dalam kerabu. Malah boleh juga guna pucuk paku, taugeh dan kacang panjang. Sangat sedap.

Sumber: Izyana Ell

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Lemak Kuning Stail Utara Tak Guna Santan, Ajaran Arwah Ibu Yang Sangat Lazat

tags: | |