Kimchi merupakan makanan tradisional bagi rakyat Korea. Dengan berasaskan Kimchi, pelbagai jenis makanan yang boleh dimasak. Sebagai contoh, Lempeng Kimchi atau Kimchi Pajeon yang berasaskan daun bawang sebagai bahan utama.
Pajeon biasanya dikenali dengan bawang hijau yang sangat ketara. Bagi sesiapa yang suka dengan daun bawang, anda boleh mencubanya. Pajeon merupakan salah satu jenis jeon (pancake Korea) yang dibuat dengan adunan tepung beras, telur, dan daun bawang (pa) sebagai bahan utamanya.
Bosan Dengan Lempeng Biasa, Jom Buat Kimchi Pajeon Atau Lempeng Kimchi. Rugi Tak Cuba, Confirm Sedap !
Resipi yang telah dikongsikan oleh saudari Ibnatie-Aziza Mat Roff, boleh dijadikan sebagai rujukan untuk membuatnya.
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan kimchi yang sudah dicincang halus
- Sedikit air untuk bancuhan batter
- 1 pokok daun bawang – hiris serong
- Boleh juga letak taugeh, daun kucai dan lain-lain
- Sedikit gula & garam
Cara Penyediaan
- Masukkan tepung, kimchi dalam satu bekas. Letak sedikit garam dan gula. Masukkan air dan bancuh hingga menjadi batter. Tidak terlalu pekat atau pun cair.
- Panaskan pan. Tuang sedikit minyak dan ratakan. Masukkan 1 senduk bancuhan dan ratakan. Terbalikkan dan biarkan masak. Ulang hingga bancuhan habis
Bahan Untuk Dipping Sauce
- 3 sudu besar kicap cair
- Daun bawang | hiris halus
- Sedikit gula
- Cili potong
- Bawang besar | potong dadu kecil *Satukan semua dan gaul sebati.
Selalunya lempeng yang pernah kita buat kosong, tidak mempunyai topping apa-apa. Jadi kalini, resipi yang dikongsikan adalah resipi yang lain daripada yang lain.
Semoga perkongsian resipi kali ini memberi manfaat kepada semua. Selamat menikmati !
Sumber: Ibnatie-Aziza Mat Roff
Baca juga: Jom Sarapan Dengan Roll Omelette Atau Tamagoyaki Ala Japanese. Resipi Popular Dihidangkan Bersama Bento, Cepat & Mudah!