Kalau pergi pasar malam memang wajib beli kuih manja. Kuih manja juga dikenali dengan nama Kuih Tokyo. Rasanya memang unik dan melazatkan. Intinya bergantung pada citarasa masing-masing, tetapi mungkin yang paling disukai ramai adalah inti kaya.
Nak cuba buat sendiri kat rumah? Boleh gunakan resipi perkongsian oleh Zuraidah Mohammed. Buat sendiri lagi puas hati, boleh makan puas-puas!
Resipi Kuih Manja
Bahan-bahan:
-
2 biji telur*
-
1/2 cawan gula*
-
2 cawan susu cair*
-
2 cawan air
-
4 cawan tepung gandum
-
1 s/b baking powder
-
Secubit garam
-
3 s/b minyak masak
-
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
- Campurkan bahan yang bertana (*).
- Kemudian masukkan ke semua bahan kering (kalau nak lagi cantik halus gebu kita blender semua bahan tersebut)
Bahan-bahan:
-
1 cawan kastard
-
1 cawan susu cair
-
1 cawan air
Cara-cara:
- Masak semua bahan sehingga berkilat dan letak pewarna merah, hijau, kuning pun boleh.
Selamat mencuba!