Kali ini saya ingin berkongsi cara membuat Kuih Tiram Pelangi juga dikenali sebagai Kuih Lidah Buaya. Kuih ini sesuai dijadikan sebagai kudap-kudapan kerana teksturnya yang rangup.
Tapi kali ini kita buat lain sikit, kita tambahkan warna di dalam kuih itu. Nak tahu macam mana nak buat?
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat Kuih Tiram versi pelangi di bawah.

Resipi Kuih Tiram Versi Pelangi Rangup, Satu Balang Tak Cukup!
Bahan doh:
- 2 cawan tepung gandum
- 3 sb minyak masak
- 2 sb majerin
- Air
- Garam
Bahan pelekat:
- 1/2 cawan minyak
- 1/2 cawan tepung ubi
Cara penyediaan:
- Campurkan tepung gandum, minyak masak, dan majerin dalam sebuah mangkuk. Tambahkan sedikit air dan garam secukupnya. Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh.
- Setelah itu, asingkan doh kepada beberapa bahagian. Anda boleh menambahkan pewarna makanan ke beberapa bahagian doh tersebut.
- Ambil satu bahagian doh yang tidak diwarnakan untuk dijadikan sebagai base. Lenyekkan doh tersebut sehingga menjadi leper dan sapukan bahan pelekat yang telah dicampurkan.
- Letakkan sebahagian doh yang telah digulung dan diwarnakan ke atas base tersebut. Kemudian, gulungkan doh itu bersama-sama.
Potong doh mengikut saiz yang bersesuaian.

- Lenyekkan doh yang telah dipotong itu.

- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng doh tersebut sehingga perang keemasan.

- Setelah itu, toskan minyak dan kuih siap untuk dimakan!

Kalau nak lagi sedap, tengah panas-panas lagi tu korang boleh salutkan kuih tiram pelangi ni dengan gula aising. Ini kalau makan sambil tengok tv atau bersembang, tahu-tahu habis sebalang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Sri Sal
Baca juga: Resipi Popia Simpul Isi Tauhu Sangat Mudah, Cicah Dengan Sos Cili Lebih Sedap