Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lala Masak Kam Heong Ala Chinese Style Jadi Kegemaran Ramai. Jom Ikuti Resipi Yang Mudah & Cepat Ini!

Lala Masak Kam Heong Ala Chinese Style Jadi Kegemaran Ramai. Jom Ikuti Resipi Yang Mudah & Cepat Ini!

Kategori: ,

Lala atau nama saintifiknya siput retak seribu merupakan salah satu makanan yang popular di Malaysia. Pelbagai jenis masakan boleh dimasak menggunakan lala. Namun begitu, lala ini bergantung kepada pasang surut air laut dan juga musimnya.

Antara masakan yang boleh dibuat termasuklah lala masak kam heong ala-ala chinese style. Anda perlu memilih lala yang segar untuk memasak hidangan ini untuk membuat ia terasa lebih sedap dan mengeluarkan rasa manis.

Lala Masak Kam Heong Ala Chinese Style Menjadi Kegemaran Ramai. Jom Ikuti Resipi Yang Mudah & Cepat Ini!

Jom kita cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Saudari Warong Wak Misai. Bahan yang digunakan sangat ringkas dan mudah.

Bahan-bahan

  • Bawang besar – dicincang
  • Bawang putih – dicincang
  • Halia – hiris memanjang
  • Cili padi 3 atau 4 biji – dihiris
  • Daun kari
  • Lala 1/2 kg

Bahan-bahan pes

  • Serbuk kari 1 ½ sudu besar
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Kicap ABC 2 sudu besar
  • Kicap manis 2 sudu besar
  • Gula 1/2 sudu kecil (optional)

Cara penyediaan

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi yang sudah dihiris. Kemudian masukkan daun kari.
  2. Bancuhkan serbuk kari, sos cili, sos tiram, kicap ABC, kicap manis dan gula. Gaul rata sehingga menjadi pes.
  3. Masukkan bancuhan pes ke dalam kuali. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan lala serta tuangkan sedikit air, jangan banyak kerana lala akan mengeluarkan airnya sendiri juga.
  5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Siap sudah lala masak kam heong kita. Memang simple dan yang pasti sedap sangat! Siapa yang belum cuba resipi lala masak kam heong ni bolehla cuba dekat rumah masing-masing. Rugi kalau tak cuba!

Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat kepada semua.

Selamat mencuba!

Sumber: Nasiha 

Baca juga: Resipi Bubur Nasi Cendawan Shitake, Hidangan ‘Healing’ Yang Best. Sesuai Juga Untuk Orang Demam

tags: | |