Maggi hot cup adalah makanan kebangsaan untuk para mahasiswa mahasiswa di universiti kerana itulah makanan yang paling murah dan sedap. Hanya letakkan air panas sahaja terus menjadi satu hidangan untuk anda.
Apa kata cuba ubah sikit cara masakannya dengan menggunakan resipi Maggi Kari Hot Cup Cheese Lebih yang anda boleh cuba. Sedap dan rugi kalau tidak mencuba!
Resipi Maggi Kari Hot Cup Cheese Lebih, Resipi Rare & Sedap! Buat Masa Travel Pun Ngam!
Resipi Maggi Kari Hot Cup Cheese Lebih ini dikongsikan oleh hishamraustv di laman media sosialnya di TikTok. Pelbagai resipi ringkas yang menarik dikongsikan di akaun beliau.
Bahan-Bahan:
- Maggi Kari Hot Cup
- 8 keping cheese
- Lada merah besar – dipotong
- Daun bawang – dipotong
- Telur ayam rebus
Cara Penyediaannya:
- Sediakan satu maggi kari hot cup yang boleh didapati di mana-mana kedai runcit.
- Kemudian, keluarkan 8 keping cheese dan mengikut bentuk yang anda inginkan. Seperti di dalam video ini, beliau membuat secara membulat dan masukkan ke dalam maggi kari hot cup.
- Selepas itu, masukkan pula lada merah besar, daun bawang, perencah maggi kari dan air panas sebanyak yang kita mahu.
- Terus gaulkan dan potong telur rebus. Masukkan ke dalam bekas.
Terus up level maggi kari hot cup cheese lebih ini untuk dicuba para pelajar di universiti. Lain dari yang lain, malah mudah sahaja.
Selamat Mencuba!
@hishamraustv Maggi Kari Cheese Lebih Satu .! #tiktokfood #fyp #maggikari
@hishamraustv Maggi Kari Cheese Lebih Satu .! #tiktokfood #fyp #maggikari ♬ original sound – Hisham Raus
Kredit: hishamraustv