Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mango Cheese Cake, Tak Perlu Guna Oven & Mixer

Resepi Mango Cheese Cake, Tak Perlu Guna Oven & Mixer

Kategori: ,
Mango Cheese Cake

Kadang-kadang bila terasa nak makan cheese kek, tapi kat rumah takde oven pula. Jangan risau, resepi ini untuk anda! Resepi Mango Cheese Cake tanpa perlu bakar dan tanpa menggunakan mixer. 

Jom ikuti perkongsian resepi Mango Cheese Cake dari Nuryatie PG’s ini.

Resepi Mango Cheese Cake

1. Lapisan bawah

  • Cairkan butter separuh, dah cair masukkan biskut yang dihancurkan
  • Kcau-kacau pastu masukkan dalam loyang dan padatkan
  • Biskut marie dlm 20-25keping

2. Lapisan 2

  • Blend creamcheese yg 250g pastu masukkan whipping cream sekotak kecik dan gula icing dalam 2@3 sudu ( kalau nak manis tambah lagi)
  • Bancuh gelatin dlm sesudu besar campur air panas dalam 3sudu. Kacau sampai sebati masukkan dalam adunan blend tadi. blend sampai sebati

*dalam creamcheese kalau nak letak puri mango atau mango yang potong kecik-kecik pun boleh!

3. Masukkan adunan blend tadi dalam lapisan pertama. biarkan beku dalam 15-20 minit.

4. Untuk puri mangga – blend sampai betul-betul halus campur dengan gelatin 1 sudu besar yang dah siap di bancuh dengan air panas.

*mangga untuk puri saya saya pakai sebijik

5. Masukkan dalam loyang tadi. Pastikan creamcheese dah beku, takut nanti adunan bercampur.

6. Letak mango yang dah potong kecik. Suka hati la nak hias macam mana pun.

7. Sejukkan. Tunggu  dalam 4,5 jam. Kalau tak sabar nak makan potong je.

Kredit: Nuryatie PG’s

Selamat mencuba!

 

tags: