Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Matcha Almond London, Jom Guna Teknik Ini Agar Salutan Coklat Berkilat & Cepat Keras

Resipi Matcha Almond London, Jom Guna Teknik Ini Agar Salutan Coklat Berkilat & Cepat Keras

Kategori: ,
Matcha Almond London

Sebut sahaja biskut raya, biskut Almond London adalah antara kuih yang selalu ada di meja setiap kali raya.

Jika Almond London yang biasa kita makan, ia disalut coklat koko pekat. Tetapi kali ini, jom kita buat kelainan dengan buat biskut Matcha Almond London.

Bagi penggemar matcha di luar sana, sememangnya biskut ini untuk anda.

Cara membuat biskut sama saja tapi untuk membuat salutan coklat matcha ini. Ada cara tersendiri agar ia berkilat dan cepat keras. Salutan coklat ini juga tak menggunakan cocoa butter atau shortening. Ia dikongsi oleh Sue daripada Facebook Apa Kau Rasa.

Resipi Matcha Almond London, Jom Guna Teknik Ini Agar Salutan Coklat Berkilat & Cepat Keras

Bahan-bahan:

  • 200 gram kacang almond
  • 125 gram butter unsalted
  • 50 gram gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan serbuk susu
  • 125 gram tepung gandum (1 cawan)
  • 100 gram tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 30 gram Cornflakess (dihancur kasar)
  • Almond Nibs secukupnyaMatcha Almond London

Bahan Salutan Coklat Matcha

  • 300 gram white choc compound (Beryls) – potong kecil
  • 10 gram serbuk Matcha (boleh letak lebih jika suka)Matcha Almond London

Cara penyediaan:

  1. Satukan unsalted mentega yang dibiar pada suhu bilik dengan gula aising, gaulkan hingga sebati guna spatula tapi jangan sampai kembang.
  2. Masukkan kuning telur bersama esen vanilla, gaul sehingga sebati. Kemudian tambah serbuk susu. Gaul.
  3. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan gaul, kemudiaan masukkan pula tepung jagung dan gaul. Seterusnya masukkan tepung beras. Masukkan tepung ini secara berperingkat Gaul sebati adunan. Gaul semuanya hingga sebati.
  4. Hancurkan cornflakes dan tuang dalam adunan. Gaul semuanya hingga sebati.
  5. Rehatkan doh selama lebih kurang 20 minit.
  6. Ambil sedikit doh, ratakan dan masukkan badan di dalamnya kemudian bentukkan doh mengikut citarasa.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu padu suhu 170 darjah celcius selama 20 minit. Selepas masak biarkan sejuk.
  8. Sementara itu, boleh buatkan topping matcha. Gunakan cara berikut agar salutan berkilat, smooth dan cepat keras.
  9. Letakkan 3/4 coklat atas mangkuk air panas kemudian gaul coklat mencair. Proses ini memang ambil masa sedikit. Ia untuk menjaga suhu coklat agar tidak terlalu panas nanti coklat lambat keras dan tidak berkilat.
  10. Alihkan coklat cair tadi dari mangkuk air panas kemudian masukkan serbuk matcha bersama baki coklat (tujuannya adalah untuk turunkan suhu coklat yang dipanaskan atas air tadi. Gaul hingga coklat dan matcha sebati hingga dapat tekstur yang cantik. smooth. Teknik ini dipanggil seeding.Matcha Almond London
  11. Kemudian boleh celup biskut ke dalam coklat matcha tadi. kemudian letak dalam paper cup.
  12. Salutan coklat ini cepat mengeras, hanya ambil masa 2-3 minit saja jadi kena cepat-cepat letak badam nibs.Matcha Almond London

Sumber: Facebook Apa Kau Rasa 

Baca juga: Resipi Almond Nibs Ala Ferrero Rocher, Paling Senang Guna 2 Bahan Je Dah Dapat Makan Biskut Sedap

tags: | |