Jika korang ingin mengamalkan gaya hidup sihat dan sedang mencari minuman apa yang sesuai diminum untuk rasa kenyang, anda bolehlah mencuba resipi miniman ini untuk menggantikan hidangan makanan malam.
Seorang wanita telah berkongsi bagaimana minuman ini mampu mengenyangkannya pada waktu malam.
Menurutnya, petua kurus berupa minuman campuran epal hijau, kurma, serbuk kayu manis dan susu ini dikongsi kerana terbukti berkesan selepas diamalkan.
Dia mengamalkan minum minuman diet ini jam 7 malam dan inilah yang membantunya berasa kenyang sehinggalah waktu tidur.
Resipi Minuman Diet Tak Rasa Nak Makan Malam, Amal Minuman Ni Barulah Berat Cepat Turun
Bahan-bahan:
- 1 biji epal hijau
- 2 biji kurma
- 1 sudu teh serbuk kayu manis ceylon
- 1 gelas susu (boleh pilih susu rendah lemak)
Cara penyediaan:
- Potong kecil buah kurma dan epal. Tak perlu buang kulit kerana bahagian itu mengandungi flavanoid yang baik untuk jantung dan elakkan strok.
- Masukkan susu, buah yang dipotong dan serbuk kayu manis Ceylon tadi dalam alat pengisar. Lebih enak jika dicampurkan dengan ais.
- Kisar sampai halus semua bahan dan tuang dalam gelas.
- Boleh terus diminum kerana kuantiti bahan ini adalah untuk satu hidangan.
Khasiat Kayu Manis Ceylon:
- Mengawal parasa glukosa dan mengawal penyimpanan lemak.
- Kandungan karbohidrat & kombinasi serat tinggi mampu memberi rasa kenyang lebih lama.
- Singkirkan toksin dari badan.
- Atasi sembelit & usus tersumbat.
- Boleh mencegah masalah perut dan usus.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba semuanya!
Sumber: Nurul Moleek Cereprove
Baca juga: “Baru Tahu Ada Sotong Tak Boleh Makan”, Lelaki Ini Terselamat Dari Maut Bila Muat Naik Gambar Hidangan, Dapat Nasihat Dari Warganet Sebelum Makan