Bingsu adalah sejenis pencuci mulut yang berasal dari Korea. Bingsu ini merupakan hidangan pencuci mulut paling laris di Korea. Malah Bingsu ini menjadi kegemaran ramai di Malaysia ini.
Bingsu mempunyai rupa dan sifatnya lebih kurang sama seperti ais batu campur (ABC) kita di Malaysia. Seperti ABC juga, bingsu ini mengandungi bahan yang hampir sama iaitu ais yang dikisar.
Tetapi apa yang membuat ia sangat berbeza dengan ABC dan menarik adalah mereka sebaliknya menggunakan ais susu.
Dengan menggunakan ais susu sebagai bahan utama, ia membuatkan rasa bingsu itu lebih lemak berkrim dan dapat menyegarkan tekak anda semasa musim panas.
Bahan-bahan:
- 500ml susu segar
- 1 Buah Mangga
- 1 sudu aiskrim vanila
- 2 sudu susu pekat
Cara-cara:
- Masukan separuh kotak susu dalam plastik kemudian bekukan.
- Potong buah mangga mengikut kreativiti masing-masing.
- Hancurkan susu yang telah dibekukan menggunakan lesung batu.
- Letakkan bekuan susu di dalam mangkuk kemudian susun buah mangga diatas bekuan susu itu tadi.
- Akhir sekali, letakan aiskrim diatasnya kemudian tambah susu pekat diatasnya.
- Siap!
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat semua.
Video penuh: https://www.youtube.com/watch?v=sq5JrH8UB3U&loop=0
Sumber: khairulaming