Anda suka makan taufu fa? Susah untuk mendapatkan taufu fa yang mengikut selera anda? Tambahan pula sekarang ini musim pandemik, ada negeri yang tidak membenarkan pembukaan Bazar Ramadan.
Jadi apa kata kita cuba buat sendiri taufu fa ini. Ini ada resepi mudah yang boleh anda cuba, hanya menggunakan 3 bahan je dah boleh jadi taufu fa. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk membuatnya.
Ini Resipi Mudah Tau Fu Fah Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna 3 Bahan Je. Dessert Sedap Masa Cuaca Panas
Bahan-Bahan:
- 1 kotak air soya
- 1/2 paket agar-agar bertali (agar tali jgn letak banyak tau nnti dia jadi mcm puding)
- Gula melaka
CARA PENYEDIAAN:
- Didihkan secawan air dan masukkan agar-agar. Kacau hingga larut.
- Masukkan soya untuk beberapa minit dan tutup api.
- Tapis untuk dimasukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
- Untuk kuah, didihkan air dan gula melaka. Boleh letak daun pandan bagi wangi.
- Bila tau fu fa tadi sudah beku boleh lah dihidangkan bersama air gula melaka tadi.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Cik Puan Azura Via MAHN
Baca juga : Ini Resepi Rahsia Teh Ais Cincau Yang Kaw Seperti Di Bazar Ramadhan