Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Murtabak Mini Guna Kulit Popia Je, Sedap Dan Cepat

Resepi Murtabak Mini Guna Kulit Popia Je, Sedap Dan Cepat

Kategori: ,
Murtabak Mini

Resepi murtabak mini ini hanya menggunakan kulit popia untuk bahagian luarnya. Memang cepat dan semestinya sedap! Resepi perkongsian dari Suriaty Abd Talib.

Resepi Murtabak Mini

Bahan-bahan inti:

  • 2 keping daging burger (hancurkan)
  • Sebiji kentang (potong dadu)
  • 2 @ 3 sudu rempah ayam/daging
  • Garam
  • Lada (option sapa suka boleh letak)
  • Sebiji bawang besar (potong dadu)
  • Daun sup (cincang halus – takdak pun takpa, ikut selera kita)

Bahan-bahan kulit:

  • Air secukupnyaa
  • 2 biji telur
  • Kulit popia

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar.
  2. Masukkan daging yang telah dihancurkan.
  3. Masukkan rempah daging dan air sedikit.
  4. Masukkan ubi kentang, goreng sekejap. Masukkan air.
  5. Masak sehingga kentang lembut dan masak sehingga bahan sebati dan hampir kering.
  6. Angkat dan sejukkan.
  7. Last sekali, bila nk wrap inti murtabak, baru pecahkan telur dan masukkan semua inti sekali. Gaul sebati.
  8. Balut murtabak guna kulit popia (macam dlm gambar)
  9. Goreng dlm minyak sedikit..api jgn kuat sangat ya..sedang2..

Selamat mencuba!

Kredit: Suriaty Abd Talib

 

Baca juga:Resepi Roti John Ala Pasar Malam Tapi Buat Homemade Je

tags: |