Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Kerabu, Hidangan Sihat, Mudah & Sedap Untuk Sarapan

Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Kerabu, Hidangan Sihat, Mudah & Sedap Untuk Sarapan

Kategori: ,

Biasanya kita selalu dengar hidangan Nasi Kerabu yang popular dari negeri Che Siti Wan Kembang itu. Tapi kali ini kami ingin berkongsi resipi Nasi Goreng Kerabu yang memang sedap dan lazat.

Resipi Nasi Goreng Kerabu ini dikongsi oleh Nurul Ateekah di laman media sosialnya. Bahan-bahannya juga memang senang dapat dan sesiapa sahaja boleh mencubanya. Sesuai sangat dijadikan menu sarapan keluarga.

Bukan setakat sedap, malah sihat tau! Jom kita ikuti perkongsiannya.

Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Kerabu, Hidangan Sihat, Mudah & Sedap Untuk Sarapan

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan nasi – peroikan
  • udang
  • 2 sudu makan ikan bilis – goreng
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 biji cili hijau – hiris
  • 1 batang serai – hiris
  • 1 kuntum bunga kantan – hiris
  • 3 helai daun limau purut
  • petai
  • 2 tangkai kacang panjang – potong
  • 2-3 biji telur
  • garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 2-3 sudu makan sos ikan

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Kemudian pecahkan telur sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah dan cili hijau.
  4. Kemudian masukkan udang. Goreng sehingga masak.
  5. Masukkan lada hidup, bunga kantan, kacang panjang, petai, daun limau purut dan serai. Gaul rata.
  6. Masukkan serbuk perasa, garam, nasi, ikan bilis dan telur. Gaul lagi hingga semua bahan jadi rata.
  7. Akhir sekali masukkan sos ikan. Goreng sehingga sedikit berasap.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Dah siap kita punya hidangan Nasi Goreng Kerabu yang mantap ni. Bolehlah jadi hidangan sarapan untuk keluarga. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para pembaca!

Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: Resepi Budu Air Asam Meleleh, Rasa Lain Terus Bila Buat Cara Ini!

tags: | |